Skor GeekBench Xiaomi POCO X2 Terdedah?! Sokong 8GB RAM Adakah POCOPHONE F2?

436
- Iklan -

Sejak POCOPHONE F1 dilancarkan pada tahun 2018, versi seterusnya tidak kedengaran lagi dari pihak mereka sehingga baru-baru ini ada kejutan mengenai kehadiran POCOPHONE F2 mungkin kembali ke pasaran.

Terkini, GeekBench terdedah pula skor bagi peranti yang dinamakan Xiaomi POCO X2 dan dipercayai ia adalah POCOPHONE F2. Menurut perkongsian skor tersebut, dilihat ia menyokong Android 10 dan dilengkapi cip pemproses 1.8GHz serta memori 8GB RAM.

Ada khabar angin juga mengatakan bahawa POCO X2 ini adalah versi global bagi Redmi K30 kerana skor yang dicapai tidak jauh beza, tambahan kod nama POCO X2 adalah “phoenixin” manakala Redmi K30 adalah “phoenix”.

Adakah benar segala berita tertiris ini? Kita tunggu sahaja maklumat selanjutnya dari pihak POCO.

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here