Selamat Hari Jadi Ke-13 iPhone! Perasmian Pertama Oleh Steve Jobs Menjadi Legenda!

590

13 tahun yang lalu, CEO Apple, mendiang Steven Jobs telah memperkenalkan Apple iPhone pertama dalam acara Macworld di San Francisco. Kemunculan awal iPhone pertama pada masa itu telah membawa impak yang besar kepada pasaran peranti mudah alih, termasuk kritikan yang tidak memandang baik pada keluaran iPhone.

Namun, kemunculan iPhone sebaliknya berjaya mengubah pandangan seluruh dunia sehingga ramai yang terikut-ikut dengan konsep rekaan iPhone. Sidang pelancaran Macworld pada tahun 2007 juga menjadi klasik di dalam hati semua kipas tegar Apple.

【 Evolusi iPhone : 2007 ~ 2019 】Apple iPhone 11 bakal dirasmikan pada 11 September, apa kata kita imbau kembali perubahan dalam 12 tahun ini? Jom~~#eringmalay #iPhone #iPhone11 #AppleSpecialEvent

Posted by eRing Malay on Jumaat, 6 September 2019

Mengimbau kembali dalam 13 tahun ini, iPhone memang telah banyak mengubah arena peranti mudah alih. Walaupun terdapat banyak suara yang mempersoalkan Apple terhadap harga jualan yang tinggi serta prestasi dalaman yang tidak semesra peranti Android, namun sejak tahun 2007 jualan iPhone tetap memeranjatkan dan mencecah sehingga 1.9 bilion.

Walaupun mengalami penurunan jualan iPhone pada tahun lepas, tetapi iPhone masih kekal sebagai salah satu produk Apple yang paling laris. Apple berusaha dalam mempertingkatkan reka bentuk iPhone bahkan menambahbaik prestasi dalaman yang boleh memenuhi permintaan pasaran masa kini.

Peningkatan Generasi iPhone:
  • 2007 → iPhone Pertama diperkenalkan
  • 2008 Sokong App Store dan rangkaian 3G
  • 2009 Ciri Hotspot peribadi dan rakaman video
  • 2010 → Paparan Retina
  • 2011 → Siri dan iCloud
  • 2012 → Paparan 4 inci dan sokongan rangkaian 4G LTE
  • 2013 → Pengenalan Touch ID
  • 2014 → Paparan skrin 4.7 inci dan 5.5 inci
  • 2015 → 3D Touch, Live Photos dan rakaman video 4K
  • 2016 → Kalis air, dwi-kamera, pembatalan bicu audio
  • 2017 → Pembatalan butang Home, Touch ID digantikan ke Face ID
  • 2018 → Paparan skrin 5.8 inci dan 6.5 inci
  • 2019 → Tri-kamera dan mod malam