Sebab Kenapa Anda Perlu Menebus e-Tunai Rakyat Guna Boost

1910

Program e-Tunai Rakyat yang sedang hangat diperkatakan nyata memberikan banyak kelebihan pengguna, sama ada Boost, Touch ‘N Go eWallet atau Grab turut menawarkan pelbagai ganjaran sambutan sempena program ini.

Bagi aplikasi Boost, ia juga memberikan banyak ganjaran kepada pengguna bersempena dengan e-Tunai Rakyat dalam pelbagai cara, antaranya:

Cara 1 > Shake Reward

Bagi memberikan lebih kepada pengguna selain daripada e-Tunai Rakyat RM30, semua pengguna yang menghantar permohonan termasuk yang tidak layak untuk mendapat setelah pengesahan dari JPN/LHDN dapat menerima kejutan Shake Reward (sekali) yang berpeluang memenangi hadiah sehingga RM8,888.

 

Cara 2 > Penjimatan Sehingga RM1,888

Boost berkerjasama dengan jenama dari pelbagai industri seperti Celcom, Mydin, KK Mart, AEON Big, KFC, Pizza Hut, Old Town, Petron, GSC, Tesco, Zalora, PrestoMall, SeaGM, Fave, Caring Pharmacy, Guardian, Starbucks, Tealive, myNEWS, Yoodoo dan banyak lagi.

Pengguna juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,888 menerusi pembelian dalam aplikasi, pembayaran bil, tiket wayang atau tambah nilai pelan prabayar. Tambahan lagi, pengguna juga boleh membeli bundle menarik dari rakan jenama dengan penjimatan sehingga RM150.

 

Cara 3 > Refferal Code

Boost akan memberi ganjaran kepada pengguna yang mengajak teman-teman dan keluarga terlibat dalam revolusi tanpai tunai ini.

Dengan refferal code yang unik, anda boleh mendapat RM18 ganjaran tunai bagi setiap 5 orang yang menggunakan refferal code anda. Setiap satu referral bernilai RM3 dan rujukan yang ke-5 pula akan mendapat RM6, anda boleh menebus ganjaran tunai rujukan ini tanpa had.

 

Cara 4 > Boost AngPow Challenge

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, pengguna boleh menyertai Boost Ang Pow Challenge. Setelah pengguna menghantar permohonan e-Tunai Rakyat, mereka akan secara automatik menerima 2 Ang Pow di dalam Boost yang mana nilainya sehingga RM10 setiap satu.

Cabarannya bermula apabila anda perlu menghantar satu Ang Pow kepada pengguna Boost yang lain yang belum lagi terlibat di dalam Ang Pow Challenge, atau yang belum menjadi pengguna Boost bagi membolehkan anda menerima 2 Ang Pow setiap hari.

 

**NOTA PENTING

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun & ke atas pada tahun 2020
  • Pendapatan di bawah RM100,000/Tahun
  • Penebusan bermula 15 Jan ~ 14 Mac 2020
  • Saluran e-dompet termasuk GrabPay, Boost dan Touch ‘N Go eWallet.
  • HANYA SATU APLIKASI SAHAJA boleh digunakan untuk penebuasan

__________________

BACA JUGA: