Samsung Galaxy Fold 2 Mungkin Akan Dinamakan Sebagai Galaxy Z Flip?!

582

Menurut laporan terkini, peranti boleh-lipat dari Samsung iaitu Galaxy Fold 2 yang sebelum ini dipaparkan di CES 2020 dengan kod nama Galaxy Bloom, mungkin akan dinamakan Galaxy Z Flip apabila ia dilancarkan kemudian.

[ Reviu Eksklusif : Inovasi Baru? Atau Sekadar Gimik?! – Berbaloikah Beli Samsung Galaxy Fold? ]

 

Galaxy Z Flip menggunakan reka bentuk lipat dari atas ke bawah, dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855, kamera swafoto 10MP dan dwi-kamera utama berbentuk melintang di panel belakang. Manakala paparan sekunder bersaiz kecil akan memaparkan notifikasi, masa, cuaca dan status bateri.

Menurut lagi, reka bentuk lipatan baharu ini lebih mensasarkan kepada golongan wanita zaman 2000 yang melambangkan kemodenan kaum wanita. Apa-apa pun maklumat yang terdedah sekadar ura-ura sahaja, kita nantikan pelancaran rasmi dari Samsung.

___________________

BACA JUGA: