Sambutan Mengalakkan Program e-Tunai Rakyat! – Terima Lebih Dari 200 Ribu Permohonan!!!

488

Sekarang ini, sedang hangat diperkatakan dengan program eTunai yang melibatkan 3 platform utama iaitu Touch ’n Go, Boost dan GrabPay yang mana ia akan memberikan RM30 kepada pengguna.

Menariknya, sebanyak 200 ribu permohonan telah dicatatkan sehingga semalam yang mana menyaksikan sebanyak 160 ribu telah disahkan dan menerima kredit menerusi dompet digital mereka.

Permohonan yang bermula sejak semalam ini mendapat sambutan yang mengalakan daripada rakyat Malaysia. Namun terdapat platform yang tidak dapat menampung kesesakkan permohonan yang terlalu banyak sehingga menghadapi masalah teknikal.

Bagi yang ingin menebus RM30, anda boleh mendapatkannya sekiranya anda menepati syarat yang ditetapkan iaitu rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan pendapatan kurang dari RM100 ribu setahun.

Jadi platform yang mana menjadi pilihan anda?

___________________________

Artikel Berkaitan: