Menarik! realme kini mengemaskini penawaran smartphone keluaran mereka untuk pasaran tempatan menerusi pengenalan ahli baru di bawah siri Realme 5 iaitu realme 5i. Sorotan utama Realme 5i – termasuklah persediaan empat kamera utama dan bateri besar berkapasiti 5,000mAh.

Muncul pada harga yang kompetatif bersama sejumlah spesifikasi menarik, adakah realme 5i mampu menarik perhatian ramai berbanding alternatif lain dalam kelas yang sama? Jom kita usha!

 

SPESIFIKASI RINGKAS

  • ColorOS 6.1 + Android 9
  • Skrin 6.5″ HD+ (720 x 1600 piksel) , 269ppi
  • Snapdragon 665 AIE
  • GPU Adreno 610
  • 4GB RAM + 64GB ROM
  • Kad microSD (Sehingga 256GB)
  • Kamera Utama : 12MP (Main) + 8MP (Ultra – Wide) + 2MP (Portrait) + 2MP (Ultra Macro)
  • Kamera Depan : 8MP (f/2.0)
  • Bateri 5,000mAh

 

REKA BENTUK

 

PILIHAN WARNA: AQUA BLUE & FOREST GREEN

 

5 ELEMEN ISTIMEWA MENGAPA PERLU MEMILIH?!

#1 Kuasa Bateri Hebat – 5,000mAh

Memang power beb! realme 5i dibekalkan dengan bateri yang besar dengan kapasiti mencecah 5,000mAh. Kalau guna ni, sure tak payah beli powerbank! Jimat duit! Dengan kapasiti bateri ini, korang boleh menjangkakan hayat penggunaan yang lama dalam aktiviti harian – cukup memadai dan tidak akan habis meskipun dengan penggunaan berat sekalipun.

realme 5i memiliki keupayaan ketahanan bateri yang bagus tetapi agak mengecewakan kerana ia tidak menyokong teknologi pengecasan pantas – boleh dikatakan proses mengecas adalah sedikit leceh. Proses pengecasan semula daripada 7% sehingga 96% mengambil masa sekitar 2 jam dan 30 minit.

 

#2 Prestasi Boleh Tahan – Snapdragon 665 AIE

Mengulas berkaitan spesifikasi dalamannya, realme 5i didatangkan dengan pemprosesan, Octa-Core Snapdragon 665 (11nm) yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0Ghz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan.

Pada bahagian GPU, ia menggunakan Adreno Adreno 610 dengan paduan memori sebesar 4GB RAM + 64GB ROM. Storan ini juga boleh dikembangkan menerusi kad microSD (sehingga 256GB).

Menerusinya, ia berupaya menguruskan operasinya dengan prestasi yang menakjubkan – di mana penggunaan aplikasi di dalamnya terasa lancar dan berfungsi dengan baik – terutamanya ketika membuka dan mamasang aplikasi. Kelancaran juga dapat dirasai ketika bermain game.

 

#3 Kualiti Design Tiada Tandingan

Dibekal dengan rekaan yang menarik, realme 5i dirancang dan dibina dengan begitu teliti – sesuai dengan keperluan anak – anak muda yang haus akan kreativiti dan peka akan trend terkini.

Belakang peranti menggunakan rekaan “Sunrise Design” – di mana terdapat kemasan grain pada belakang peranti yang direka khas dengan ketetapan paksi daripada industri terkemuka Jerman. Rekaan ini sekaligus menyerlahkan lagi gaya si pemakai dan itulah kelebihan yang ada pada rupa bentuk realme 5i.

 

#4 Kamera

realme 5i dibekalkan dengan sokongan kamera yang boleh dipuji – empat kamera utama bersama gabungan lensa 12MP (Main) + 8MP (Ultra – Wide) + 2MP (Portrait) + 2MP (Ultra Macro). Tidak ketinggalan, ia juga menyertakan sokongan LED Flash yang ditempatkan pada bawah perumahan kamera.

Mengiringinya adalah kamera selfie dengan sokongan lensa sebesar 8MP (f/2.0). Sokongan kamera pada realme 5i mempunyai sejumlah ciri menarik termasuk beauty mode, NightScape mode, HDR dan banyak lagi.

Kemera realme 5i berupaya menyampaikan prestasi yang boleh dipuji. Pada pencahayaan yang cukup, ia merupakan sebuah kamera yang baik – lensanya mampu menangkap butiran dengan jelas. Bahkan, warna dihasilkan juga kelihatan hidup seakan – akan dunia nyata.

Untuk portrait, kamera dilihat bijak dalam mengasingkan subjek daripada latar – sekaligus menghasilkan kesan bokeh yang cantik. Mungkin tidak begitu sempurna, tetapi masih berapa pada tahap yang dianggap baik. Lensa Ultra – Widenya juga memberi sudut pandang yang luas mencecah 119 darjah – sesuai untuk yang gemar mengambil gambar secara beramai – ramai.

 

#5 Antaramuka Terkini

Selain dibekalkan cip dengan menarik, ia turut diselitkan dengan sistem ColorOS 6.1 berasaskan Android Pie. Pengguna dihidangkan dengan beberapa kemaskini perisian terbaharu termasuk Hotspot Management Function, Real Privacy Function dan sebagainya.

Lebih menarik, realme 5i juga menyokong fungsi mod gelap terbina secara keseluruhan – sekaligus memudahkan dan menjadikan paparan lebih selesa pada mata.

 

HASIL GAMBAR 

 

HARGA & KETERSEDIAAN

Bagi yang berminat, realme 5i ditawarkan pada harga RM599 dan ketersediaan adalah bermula 18 Januari 2020. Bagi pelanggan yang suka membeli secara online, realme 5i juga boleh dibeli di Lazada pada 28 Januari 2020 bermula 12am.