- Iklan -

Dah banyak sangat komputer riba dekat pasaran sekarang ini, tapi korang masih buntu nak cari komputer riba yang sesuai dengan jiwa dan keupayaan yang menakjubkan. Korang jangan risau sebab HUAWEI MateBook D 15 yang baru sahaja dilancarkan bagi pasaran Malaysia ini pasti boleh buat korang tak senang duduk. Tak percaya? Tengok ni!

Spesifikasi Hebat HUAWEI MateBook D 15

Sebelum kita mendalami dengan mendalam komputer riba ini, jom kita korek sedikit spesifikasi dalaman peranti ini.

Skrin: 15.6″ IPS
Pemproses: AMD Ryzen 5 3500U
Grafik: Radeon Vega 8 Graphics
Sensor: Hall Sensor, Gravity Sensor, Fingerprint Sensor
Storan: 256GB / 256GB PCIe SSD + 1 TB HDD
Bateri: 42Wh (65W USB-C charger)
Dimensi: 357.8mm x 229.9mm x 16.9mm
Warna: Mystic Silver

 

Tubuh Seksi Yang Menggiurkan!

HUAWEI MateBook D 15 ini jika dilihat sahaja sudah boleh menggugat iman korang sebab rekaannya sangat seksi dan eksklusif. Perincian yang dipersembahkan sangat terperinci dan kemas.

Komputer riba ini sangat ringan yang mana ia hanya seberat 1.53kg dan ketebalan adalah 16.9mm. Lebih mudah untuk korang membawa peranti ini ke mana sahaja.

 

Butang Pengimbas cap jari yang terletak di bahagian atas sebelah kanan memudahkan anda untuk mengakses komputer riba ini tanpa perlu bersusah payah memasukkan kata laluan.

Kamera pula tersembunyi di bahagian atas papan kekunci.

Tak puas kan? Jom cuci mata tengok rupa paras HUAWEI MateBook D 15.

Puas Tengok Tak Pandang Tempat Lain Dah!

HUAWEI ini dihadirkan 15.6″ IPS FullView screen yang memaparkan skrin yang sangat luas. Nak tahu kenapa tak? Haa sebab ia dihadirkan dengan 87% nisbah skrin ke kerangka dan dipadankan dengan bezel yang sangat nipis iaitu 5.3mm. Nak tengok movie, editing atau melakukan kerja-kerja sangat seronok. Serius memang puas giler dan warna yang terhasil juga sangat baik dan tepat. Tak percaya? Tengok ni!

Bukan Sekadar Laptop Biasa!

Memang ringan dan seksi, tetapi bukan tu je tau. Kuasa dalaman komputer riba ini sangat berkuasa!! Boleh run software yang besar. Sebab ia dihadirkan dengan pemproses AMD Ryzen 5 3500U. Turut dipadankan dengan storan yang sangat besar iaitu 256GB / 256GB PCIe SSD + 1 TB HDD dan kad grafik yang memang terbaik Radeon Vega 8 Graphics memang puas.

Penggunaannya sangat lancar dan kemas tanpa ada sebarang lag walaupun membuka aplikasi dan software yang banyak pada masa yang sama. Memang syiok kalau korang dapat ni!

Kami pun skeptikal jugak laa tentang prestasi komputer riba ini. Jadi kami menguji peranti ini menggunakan UserBencmark dan Crystal Disk. Hasil daripada ujian ini memperlihatkan ia mempamerkan prestasi yang sangat hebat! Nyata pandangan kami meleset!

Userbenchmark
CrystalDisk

 

Pakar Multi task!

Korang nak tahu tak apa yang menarik mengenai peranti ini, disebabkan dihadirkan dengan pemproses yang berkuasa, dia mampu menjalankan pelbagai tugasan. Anda boleh menjadikan telefon pintar anda dan HUAWEI MateBook D 15 ini disambungkan menjadi satu peranti tanpa memerlukan sambungan internet.

Ini cara nak buat 2 skrin jadi 1 pada HUAWEI MateBook D 15!
Korang just buka PC Manager – Klik pada My Phone  – Tekan Connect – Pastikan Bluetooth pada telefon anda di buka – Tekan Allow – Skrin telefon akan automatik muncul di skrin.

Korang boleh transfer fail dengan ke telefon atau sebaliknya dengan hanya drag fail yang diinginkan.

 

Pengecas Super Laju!

Hebat tu sememangnya hebat sebab HUAWEI MateBook D 15 ini didatangkan dengan 65W USB-C charger yang kecil dan mudah dibawa. Bukan tu jer, dikhabarkan ia boleh mengecas peranti dengan sangat pantas. Serius!!! Tapi kami tak terus percaya. Kami lakukan ujian pengecasan ke atas peranti ini.

Kami mula mengecas HUAWEI MateBook D 15 ini ketika ia berada pada 10% iaitu pada jam 10.17 pagi.

Ia dicas penuh 100% pada jam 12.02 tengah hari. Mengambil masa hanya selama 1 jam 45 minit.

Sistem Penyejukkan Diam-Diam Berisi

Kalau nak tahu, sistem penyejukkan HUAWEI MateBook D 15 ini senyap tetapi sangat efisen. Dihadirkan dengan shark fin 2.0 fan cooling design. Ia bukan hanya menyejukkan komputer riba ini dengan baik tetapi ia tidak bising ketika sistem penyejukkan sedang bertugas!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, HUAWEI MateBook D 15 ini sangat bagus. Prestasi yang hebat disamping rekaan yang memang cun giler membuatkan korang sanggup kumpul duit laa nak beli peranti ini. Berbaloi nak beli pada harga bermula dari RM2499!!!

_________________________

Artikel Berkaitan: 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here