Pada zaman sekarang, game sememangnya antara aktiviti popular dalam kalangan anak muda! Jadi kaki game pastinya mencari-mencari komputer riba yang membenarkan anda bermain game dengan Havoc! Dan Acer Nitro 7 ini mampu melakukannya. Tak percaya? Tengok ini!

Spesifikasi Ringkas

Nak tahu Acer Nitro 7 ini Havoc atau tidak, korang kena tengok dahulu spesifikasi ringkas komputer riba ini. Try tengok ni!

🔥 15.6” FHD IPS display
🔥 Windows 10 Home
🔥 Intel® Core™ i7-9750H processor Hexa-core 2.60 GHz
🔥 NVIDIA® GeForce® GTX 1660Ti with 6 GB dedicated memory
🔥 8 GB, DDR4 SDRAM
🔥 512 GB SSD

 

Design Memang Rare!

Kalau tengok rekaan Acer nitro 7 ini sememangnya lain dari yang lain. Tidak hanya mengambil jalan selamat,Acer telah memberikan rekaan yang berbeza dari komputer riba lain. Bentuk dan perincian nyata memaparkan sentuhan futuristik dan tampak kukuh.

Sruktur binaan juga lain dari yang lain. Bucu pada Acer Nitro 7 ini seperti dipotong memberikan nafas baharu dalam rekaan ini.

Gabungan antara warna hitam dan merah pada papan kekunci dan jaluran pada touchpad memberikan sentuhan eksklusif pada komputer riba ini.

Dengan berat hanya 2.5kg dan senipis 19.9mm membuatkan ia mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Jadi nak main game pun mudah sahaja!

Tak puas tengokkan?? Nah tengok sampai puas!

 

Paparan Memang Thorbaik!

Kalau korang nak tau, Acer Nitro 7 ini tampil dengan skrin 15.6” FHD IPS display. Lagi best nisbah skrin kekerangka iaitu 78% dengan bezel senipis 7.48mm. Keluasan paparan ini membuatkan ia syiok kalau nak main game.

Bertambah best sebab dia ada 144Hz kadar segar semula dan 3ms response time overdrive. Makin puas apabila ia tampil dengan warna yang sangat baik yang menggunakan 72% NTSC, 300-nit panel. Tengok sendiri!!!

Sistem Audio Yang Baik!!

Sistem audio kena laa sedap kalau nak main game sampai Havoc! Sistem audio Acer Nitro 7 ini sememangnya menyajikan kepuasan buat halwa telinga apabila tampil dengan Waves MaxxAudio dan Acer TrueHarmony. Kuat, jelas dan padat adalah perkataan yang paling sesuai untuk mengambarkan keupayaan audio peranti ini.

 

Prestasi Memang Power!

Kalau nak main game dengan Havoc, kuasa dalaman kena power!!! Disebabkan itu Acer Nitro 7 ini memang Havoc apabila ia dihadirkan dengan Intel Core i7-9750H processor Hexa-core 2.60GHz dan dipadankan dengan NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti. Kuasa dan grafik memang syiok gler kalau main game!! Ditambah pula dengan memori yang memang hebat iaitu 8GB DDR4 SDRAM dan sehingga 512GB SSD.

Nak tengok power ke tak, kami telah menguji Acer Nitro 7 ini menggunakan UserBenchmark dan CrystalDisk. Daripada dapatan hasil ujian tersebut memperlihatkan Acer Nitro 7 melaksanakan fungsi dengan baik.

UserBenchmark 

 

CrystalDisk

 

 

Sistem Penyejukkan Memang terbaik!

Walaupun main game dengan lama, tapi Acer Nitro 7 ini seperti tidak terjejas disebabkan ia tampil dengan kipas berkembar Acer CoolBoost technology dan rekaan dual exhaust port. Ia secara tidak langsung mempertingkatkan kelajuan kipas sebanyak 10% dan CPU/GPU disejukkan sehingga 9% berbanding auto mode.

Turut disertakan dengan NitroSense yang membolehkan anda memantau suhu, kelajuan kipas dan banyak lagi!

Bateri Not bad!

Bateri juga penting kalau nak main game! kalau tengah main game bateri cepat habis nak lambat nak cas pastinya terganggu feel main game tu! Jadi Acer Nitro 7 ini tampil dengan keupayaan bateri yang boleh tahan. Kami cuba menguji sejauh mana kepantasan pengecasan Acer nitro 7 ini.

Kami mula mengecas pada jam 1.21 pagi iaitu ketika bateri berada pada 49%.

Ia mencapai 100% pada jam 4 pagi. Mengambil masa selama 2 jam 40 minit. Masa diambil agak lama tetapi daya tahan baterinya sangat baik.

 

Apa Kata Editor

Kalau korang pemain game yang hard core yang memerlukan peranti yang berkuasa, Acer Nitro 7 adalah jawapannya. Dengan harga bermula dari RM4499 pasti berbaloi. Rekaan memang cantik, kuasa dalaman memang power, kawalan sangat lancar, sistem penyejukkan memang terbaik membuatkan pengalaman bermain game anda akan menjadi sangat HAVOC menggunakan Acer Nitro 7!

_______________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here