Korang dah bosan dengan komputer riba yang gedabak besar? Berat? Korang tak perlu risau kerana peranti terbaharu daripada ASUS yang dikenali sebagai ASUS ZenBook 14 pastinya buat hidup korang lebih mudah. Ringan, elegan dan berspesifikasi unggul pastinya mampu memenuhi ciri-ciri yang anda perlukan pada sebuah komputer riba. Tak percaya? Korang baca ni!!!

 

Rekaan Seksi Yang Mencolok Mata!

Nak cakap apa lagi, sekali tengok sahaja dah boleh buat korang meleleh air liur. Sangat seksi dengan warna Utopia Blue ini membuatkan ia tampak lebih eksklusif. Perincian pada badan komputer riba ini sangat teliti membuatkan ia lebih kemas dan kesan cap jari sukar untuk kelihatan.

Lebih menarik, ia juga tampil rekaan ergonomik yang memberikan sudut sehingga 145 darjah. Apabila dibuka, ia akan sedikit terangkat bagi memberikan aliran udara yang lebih baik kepada komputer riba ini. Ia juga memberikan keselesaan ketika anda menaip.

Pengimbas cap jari juga disediakan pada touch pad yang memberikan sentuhan keunikan dan lebih mudah untuk diakses.

Apa yang pasti, sungguhpun ia bersaiz sederhana, tapi ketahanannya sangat baik apabila mendapat MIL- STD-810G military standard.

Tak puas nak tengok kan rupa paras komputer riba ini kan?? Tengok ni puas-puas!!

 

Puas Giler Tonton!!!

Peranti ini bersaiz 14 inci dengan kehadiran bezel yang nipis iaitu 6.45mm, sekaligus memberikan tontonan lebih luas dan puas lagi.

Hadir dengan paparan FHD dan nisbah skrin ke kerangka 86% membuatkan ia mencapai kepuasan menonton, paparan grafik dan warna juga sangat baik apabila ia hadir dengan AMD Radeon Vega 8. Meh Tengok hasil paparan pada komputer riba ini.

 

Kecil-Kecil Cili Padi!

Sungguhpun ia bersaiz kompak, tapi korang jangan memandang rendah dengan keupayaan dalaman peranti ini. Dikuasakan dengan AMD Ryzen 5 3500U dengan sokongan RAM sebesar 8GB DDR4 dan dipadankan dengan 512GB NVME, memastikan prestasi unggul pada kelancaran ketika menggunakannya tanpa sebarang lag.

Jadi kami telah cuba menguji peranti ini sejauh mana ia mampu untuk melaksanakan kerja dengan baik, menggunakan UserBenchmark dan Crystal disk. Hasil daripada ujian ini tidak mengecewakan apabila ia memaparkan keupayaan yang sangat baik bagi kelasnya.

Userbenchmark

 

CrystalDiskmark

 

Bunyi Yang Memang Hebat!!!

Nak cakap apa lagi, ASUS ZenBook 14 ini hadir dengan sistem bunyi yang sangat memukau apabila dihadirkan dengan sistem bunyi dengan 4 speaker daripada Harmon Kardon. 2 bass speaker 2 high-frequency speakers memberikan hasil bunyi yang enak, kuat dan jelas untuk didengar.

Dihadirkan dengan teknologi ASUS SonicMaster, memberikan impak yang boleh buat korang terpelanting dan memberikan kepuasan halwa telinga di tahap maksima.

 

Bateri Yang Not Bad!!

ASUS ZenBook 14 ini tampil dengan kapasiti bateri yang baik apabila ia disertakan dengan 47Wh 2-cell lithium-polymer. Ia memberikan daya tahan yang lama sehingga 12 jam, kami telah mencuba kepantasan pengecasan peranti ini.

Kami mula mengecas peranti ini pada jam 2.35 petang ketika bateri berada pada 4%.

Ia kemudiannya dicas penuh iaitu 100% pada jam 5.19 petang, mengambil masa hanya selama 2 jam 44 minit.

 

Apa kata Editor!

Secara keseluruhan ASUS ZenBook 14 ini merupakan komputer riba kompak yang sangat berbaloi untuk dimiliki, dengan harga jualan hanya RM2,999.

Sebenarnya bukan hanya harga mampu milik, rekaan yang cun-melecun dan sangat ringan dengan sokongan spesifikasi dalaman berkuasa serta paparannya mampu memberikan kepuasan kepada anda khususnya kepada mereka yang aktif dan sentiasa membawa komputer riba di mana sahaja. Serius berbaloi!!!

_________

Artikel Berkaitan: