Rekaan Panel Belakang Xiaomi Mi 10 Kini Terdedah? Bakal Muncul 11 Februari Ini?

408
- Iklan -

Orang ramai semakin galak disajikan dengan berita mengenai pendatang baharu Xiaomi – Xiaomi Mi 10. Terkini, Xiaomi terus menghangatkan keadaan apabila mula berkongsi poster acah mengenainya – sekaligus mendedahkan reka bentuk pada panel belakang peranti. Jika diperhati, panel belakang xiaomi Mi 10 dilihat seakan – akan terinspirasi daripada rekaan Mi Mix Alpha.

Pada masa sama, jelas kelihatan juga peranti ini bakal dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 865 dan ia mengesahkan bakal menyokong sambungan rangkaian 5G – berdasarkan gambar cip yang terdapat pada poster. Tidak ketinggalan, poster acah turut mendedahkan tarikh pelancaran rasmi yang dijadualkan diperkenalkan pada 11 Februari 2020 kelak. So, apa korang harapkan? Kongsikan dengan kami!

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here