Reka Bentuk Sebenar Samsung Galaxy S20+ 5G Terdedah – Hadir Dengan Quad Kamera + Skrin 120Hz

650

Setelah Samsung mengumumkan pelancaran rasmi bagi acara tahunan Samsung Galaxy Unpacked 2020 pada 11 Februari, yang memperlihat dua peranti misteri iaitu siri Galaxy S20 dan generasi peranti lipat Samsung yang seterusnya.

Melalui perkongsian terkini dari laman sesawang, memperlihatkan reka bentuk sebenar Galaxy S20+ 5G menggunakan paparan skrin melengkung dan takuk kecil yang menempatkan kamera swafoto.

Ukuran skrin dipercayai adalah 6.7 inci bagi model Galaxy S20+, manakala Galaxy S20 lebih kecil iaitu 6.2 inci dan yan paling besar adalah Galaxy S20 Ultra berukuran 6.9 inci. Lebih menarik, Samsung telah menawarkan paparan skrin dengan kadar segar semula 120Hz bagi memastikan kelancaran skrin pada resolusi 3200 x1440p.

Sumber dari Phonearena

Spesifikasi bagi siri Galaxy S20 juga dikongsikan di laman sesawang, kesahihannya tidak pasti lagi sehingga pelancaran rasmi Samsung Galaxy Unpacked 2020.

[ SUMBER ]

_______________

BACA JUGA: