Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Macam Mana Nak Dapatkan Bonus Eksklusif RM30 Di Aplikasi Touch n Go eWallet?

485

Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 bermula hari ini! Penebusan boleh sehingga 14 Mac 2020 dan pelbagai ganjaran ekstra yang ditawarkan. Salah satunya, penebusan menerusi aplikasi Touch n Go eWallet membolehkan korang berpeluang menerima bonus eksklusif (cashback) sebanyak RM30.

Promosi ini terhad kepada 1,000,000 pengguna Touch n Go eWallet yang terawal. Pun begitu! Bagi melayakkan korang dapat ganjaran ini, korang PERLU memenuhi beberapa syarat di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun & ke atas pada tahun 2020
  • Kemukakan tuntutan untuk e-Tunai Rakyat menerusi aplikasi Touch n Go eWallet sahaja
  • Lengkapkan pengesahan akaun di aplikasi Touch n Go eWallet

 

Bagaimanapun, penebusan bonus eksklusif (cashback) tidak valid untuk korang yang :

  • TIDAK MEMBUAT tuntutan menerusi aplikasi Touch n Go eWallet
  • GAGAL untuk penebusan di aplikasi Touch n Go eWallet – kerana telah berjaya membuat tuntunan menerusi aplikasi e-Wallet yang lain.

[PERINGATAN MESRA : Hanya satu aplikasi sahaja boleh digunakan untuk setiap penebusan! Maklumat lanjut, layari Touch n Go ]

 

Promosi ini TIDAK BOLEH DIGUNA PAKAI bagi mana-mana perkhidmatan berikut:

  • Pemindahan
  • Bayaran Tol melalui PayDirect
  • Bayaran Tol melalui RFID
  • Bayaran Tempat Letak Kereta melalui PayDirect

 


Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here