Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Eh, Macam Mana Nak Tebus?

13625

Program ‘e-Tunai Rakyat’ telah dilancarkan dengan dana keseluruhan RM450 juta. Sebanyak RM30 bakal diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000/tahun. Penebusan boleh dibuat bermula esok (15 Januari 2020) – 14 Mac 2020 melalui saluran e-dompet berbeza termasuk GrabPay, Boost dan Touch ‘n Go. Mesra diingatkan, hanya satu aplikasi sahaja boleh digunakan untuk penebuasan! Bukan ketiga – tiga aplikasi.

 

NOTA PENTING! 

Syarat permohonan Program ‘e-Tunai Rakyat’

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun & ke atas pada tahun 2020
  • Pendapatan di bawah RM100,000/ tahun

 

PENEBUSAN MENERUSI APLIKASI Touch ‘n Go

  • Langkah 1 : Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet (Kalau takde, download & install dulu okay!)
  • Langkah 2 : Sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet
  • Langkah 3 : Ambil gambar kad pengenalan
  • Langkah 4 : Ambil gambar selfie seperti yang diminta
  • Langkah 5 : Selesai! Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020, okay!

 

PENEBUSAN MENERUSI APLIKASI GRABPAY

 

  • Langkah 1 : Buka aplikasi Grab (Kalau takde, download & install dulu okay!)
  • Langkah 2 : Aktifkan GrabPay
  • Langkah 3 : Masukkan nama & nombor kad pengenalan
  • Langkah 4 : Ambil gambar kad pengenalan
  • Langkah 5 : Korang akan terima pengesahan jika semua maklumat diminta dihantar dengan betul
  • Langkah 6 : Selesai! Tebus e-Kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020, okay!

 

PENEBUSAN MENERUSI APLIKASI BOOST

 

  • Langkah 1 : Buka aplikasi Boost (Kalau takde, download & install dulu okay!)
  • Langkah 2 : Masukkan butiran seperti yang diminta
  • Langkah 3 : Naik taraf aplikasi kepada Boost Premium
  • Langkah 4 : Masukkan nama & nombor kad pengenalan
  • Langkah 5 : Ambil gambar kad pengenalan
  • Langkah 6 : Berpeluang terima cashback RM5 jika berbelanja sebanyak RM10 (untuk pertama kali)
  • Langkah 7 : Tekan “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan. Selesai!

_______________

BACA JUGA: