Orang Biasa Pun Boleh Rakam Video Pendek Macam Pengarah ‘Joker’ Guna iPhone Jer!

274

Bersempena dengan kedatangan Tahun baru Cina ini, Apple telah menghasilkan satu video pendek bertajuk ‘Daughter’ yang sangat berkualiti dengan kualiti kamera yang sangat baik disamping jalan cerita yang penuh bermakna.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah video pendek yang diarahkan oleh Theodore Melf dan Sinematografi oleh Lawrence Sher ini menggunakan sepenuhnya kamera iPhone 11 Pro!! Terkejut bukan!

Video pendek ini menceritakan kepayahan seorang ibu tunggal yang merupakan pemandu teksi membesarkan anaknya sehingga terpaksa membawanya berkerja setiap hari.

Dengan keupayaan kamera yang menakjubkan, disamping bantuan pelakon yang berkaliber, krew profesional, pencahayaan yang baik dan arahan hebat membuatkan ia tampak hebat.

iPhone 11 Pro yang tampil dengan 3 lensa, rakaman video berdefinisi tinggi 4K, kestabilan imej bertaraf filem, prestasi rakaman dalam situasi low light adalah kehebatan video pendek ini.

Menariknya, jika anda melihat disebalik tabir rakaman video pendek ini, ia tidak menggunakan sebarang lensa tambahan dan 95% rakaman dirakaman menggunakan tangan. Disebabkan penstabilan imej pada iphone ini sangat baik, ia mampu menghasilkan rakaman yang sangat stabil!

Dalam 1 adegan ketika hujan di dalam video pendek ini, ia memperlihatkan kehebatan rakaman dan telefon ini yang mana ia dihadirkan dengan IP68 yang kalis air.

Kecil Dan Fleksibel!

Disebabkan telefon ini bersaiz kecil, ia mampu memberikan pengarah ini lebih banyak sudut menarik bagi rakaman. Ternyata ia mampu memberikan perspektif yang berbeza pada penghasilan video pendek ini.

Antara yang sudut menarik yang digunakan adalam ketika Zhou Xun yang memegang watak ibu itu membetulkan cermin pandang belakang teksi tersebut dan ketika membuka laci di dalam teksi berkenaan.

 

Helah Yang Kreatif!

Rakaman menggunakan Filmic Pro nyata memberikan kelebihan apabila ia turut dihadirkan dengan fungsi zoom yang baik dan menghasilkan kesan depth of field yang sangat berkesan.

Props

Penggunaan props seperti teropong yang digunakan oleh watak kanak-kanak perempuan  memberikan satu nafas baharu dalam video pendek ini.

Video pendek ini menggunakan sebanyak 20 buah iPhone dan mengambil masa selama 5 hari untuk rakaman dan 3 minggu bagi proses editing.

jadi korang dah boleh try merakam video pendek menggunakan iPhone 11 Pro.

_______________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here