OPPO F15 Rasmi – Sokong MediaTek Helio P70 + 4 Kamera Utama + Pengecasan Pantas 20W

444
- Iklan -

OPPO F15 kini diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran berlangsung di India. Peranti ini membawakan kemasa gradien pada panel belakang dengan persediaan empat kamera utama. ia juga dilengkapi binaan skrin yang panjang bersama sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

OPPO F15 membawakan paparan bersaiz 6.4″ dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400 piksel). Untuk paparan hadapan, ia dilengkapi dengan rekaan takuk kecil yang menempatkan kamera selfie dan diperkuatkan lagi dengan Corning Gorilla Glass 5. Selain itu, paparan ini juga menerima pensijilan TÜV Rheinland bagi menapis cahaya biru dan turut memnawa sokongan untuk dimming DC.

Enjin dalaman peranti dikuasakan oleh MediaTek Helio P70 dengan sokongan memori 8GB RAM + 128GB ROM (berasaskan UFS 2.1). Untuk penyimpanan lebih banyak, ia turut dilengkapi dengan slot kad microSD. Untuk prestasi yang dioptimumkan, OPPO F15 menampilkan teknologi Game Boost 2.0. Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 4,025mAh dengan pengecasan pantas 20W.

Untuk kamera, ia membawakan persediaan empat kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (f/1.7) + 8MP (f/2.5) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4). Mengiringinya, kamera hadapan sebesar 16MP (f/2.0). OPPO F15 berupaya merakam video dengan stabil kerana dibekalkan sokongan EIS daripada siri OPPO Reno. Ciri – ciri menarik lain termasuklah : pengecaman AI, portrait dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan adalah Rs.19,990 (kira-kira RM1,144) dan boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Lightening Black & Unicorn White.

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here