OPPO Enco Free Wireless Headphones Bakal Mendarat Di Malaysia Pada 16 Januari Ini!

582

Hi gais! Kepada peminat setia fon kepala, berita baik untuk korang! OPPO Enco Free wireless headphones bakal menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi – dijadualkan pada 16 Januari 2020. OPPO Enco Free wireless headphones dicipta khas buat mereka yang mendambakan kebebasan dan kepuasan dalam mendengar muzik. Ia disertakan dengan teknologi terbaik bagi mengintegrasikan peranti dengan lancar sekaligus mengoptimumkan setiap aspek.

Sokongan audio direka semula secara radikal menerusi persediaan pembesar suara ultra dinamik – sekaligus menyampaikan prestasi luar biasa dan meningkatkan pengalaman pengguna. OPPO Enco Free wireless headphones juga disertakan dengan teknologi dual-microphone beam-forming dan AI uplink noise cancellation bagi mengurangkan bunyi noise. Apa agaknya kejutan daripada OPPO? Sama – sama kita nanti kan!