MWC 2020: Motorola Bakal Muncul Dengan Peranti Flagship Baharu di MWC 2020? Terbaiklah!

275
- Iklan -

Motorola belum melancarkan apa apa peranti perdana dalam tempoh dua tahun ini. Tetapi, segalanya bakal berubah apabila Motorola mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan peranti perdana di persidangan MWC 2020 pada 24 Februari ini. Memetik sumber, Motorola telah mula menghantar jemputan media bagi mengesahkan acara pelancaraanya pada 23 November, jam 7 petang – iaitu sehari sebelum persidangan bermula.

Nampaknya ia satu langkah bijak kerana dua pengeluar besar iaitu Samsung dan HUAWEI tidak melancarkan sebarang peranti perdana pada acara kali ini. Maka, Motorola berupaya meraih perhatian yang baik kali ini. Pun begitu, maklumat lanjut mengenai peranti masih belum diketahui. Mungkin kita bakal mendengarnya dalam masa terdekat? Sama – sama kita tunggu!

[ S U M B E R ]

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here