MediaTek Helio G70 Dilancarkan – Berfokus Pada Peranti Bajet Dengan Keupayaan Gaming Terbaik

304

MediaTek kini mengemaskini penawaran cip keluarannya menerusi pengenalan MediaTek Helio G70. Seperti namanya, cip baru ini berada di bawah keluarga yang sama dengan MediaTek Helio G90 dan Helio G90T. Cip di bawah siri ini direka bagi menawarkan keupayaan gaming pada peranti bajet.

 

Spesifikasi MediaTek Helio G70

MediaTek Helio G70 merupakan cip pemproses yang terdiri daripada empat teras Cortex A75 yang bekerja pada 2GHz dan empat teras Cortex A55 clocking pada 1.7GHz. Cip ini digabungkan dengan sokongan GPU Mali-G52 dan ia tidak mempunyai sokongan 5G. Ia juga menampilkan teknologi HyperEngine MediaTek yang bertujuan bagi meningkatkan prestasi permainan. MediaTek Helio G70 mempunyai sokongan kamera sehingga 48MP dan berupaya memberikan resolusi maksimum mencecah 1080 x 2520 piksel. Secara keseluruhannya, ia tidak jauh berbeza dengan MediaTek Helio G90T.

Terdapat khabar angin bertiup mendedahkan bahawa Redmi 9 akan menjadi salah satu peranti pertama yang bakal diselitkan dengan cip pemproses ini. Jadi apa komen korang? Kongsikan dengan kami!

[ S U M B E R ]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here