UGREEN merupakan jenama yang tidak asing bagi peminat setia aksesori di mana ia menawarkan pelbagai produk berkualiti termasuk kabel, power bank dengan sokongan pengecasan pantas dan banyak lagi. Paling menarik, produk keluaran UGREEN ditawarkan pada harga sangat kompetitif berbanding pelbagai pesaing lain.

Kini, UGREEN dilihat memperluaskan lagi penawaran produk mereka kepada pengguna dengan memperkenalkan fon telinga TWS (True Wireless Stereo) iaitu UGREEN True Wireless Stereo Earphones dan UGREEN 10,000mAh PD Power Bank.

 

UGREEN True Wireless Stereo Earphones

Dengan rekaan fon kepala tanpa wayar minimalis yang kompak dengan kaedah pemakaian di dalam telinga – UGREEN True Wireless Stereo Earphones berupaya memberikan lebih kebebasan kepada pengguna aktif. Ia didatangkan dengan rekaan ergonomik menjadikan ia menawarkan pengalaman lebih baik dan memudahkan pengguna berasa selesa sekaligus dapat memenuhi citarasa ramai. Ia juga didatangkan dengan sejumlah ciri – ciri terkini yang menarik termasuk :

 

#1 Sokong Bluetooth 5.0

UGREEN True Wireless Stereo Earphones didatangkan dengan sokongan Bluetooth 5.0 bersama sokongan sambungan lebih stabil. Apabila disambungkan secara langsung ke peranti, ia berupaya menyampaikan bunyi Hi-Fi berkualiti tinggi – bunyi yang hebat dalam menyampaikan bunyi benar – benar meliputi persekitaran. Pemacu audio juga dinamik di mana berupaya menghasilkan keseimbangan audio yang optimum dengan kesan stereo terbaik, bass yang menarik dan suara tinggi halus – melaluinya pengguna dapat menikmati dinamik muzik dengan perincian yang penuh.

 

#2 Bateri Tahan Lama

Ketahanan bateri menjadi faktor utama dalam yang mempengaruhi pengguna dalam pemilihan setiap peranti – UGREEN True Wireless Stereo Earphones dibekalkan dengan  tahap penggunaan kuasa yang rendah di mana ia boleh digunakan sehingga 3 jam dengan penggunaan tunggal. Fon kepala ini turut didatangkan dengan sarung pengecas – Hayat bateri boleh dipanjangkan lagi dengan penggunaan bersama sarung pengecas di mana aliran muzik dapat dinikmati sehingga 18 jam lamanya.

Untuk proses pengecasan semula, terdapat sokongan port micro USB pada bahagian bawah sarung pengecasan dan ia disambungkan menggunakan kabel tersedia. Pengguna juga boleh memeriksa status pengecasan mereka melalui penunjuk bateri.

 

#3 Auto Pairing (Kawalan Sesentuh)

Pemansangan pintar (auto pairing) pada UGREEN True Wireless Stereo Earphones membuatkan proses sambungan antara peranti terasa lancar. Fon kepala ini menampilkan sokongan kawalan jenis sesentuh yang membuatkannya nampak lebih praktikal. Melaluinya, pengguna boleh mengendali pelbagai fungsi dengan mudah seperti bermain muzik, mengawal panggilan masuk, mengaktifkan pembantu suara (Siri & Google Asisstant) dan banyak lagi.

 

TIPS PENGGUNAAN : 

  • Play / Pause Muzik : Ketik sebanyak 2 kali 
  • Tukar muzik : Ketik lama selama 2 saat 
  • Jawab / tutup panggilan : Ketik sebanyak dua kali , ketik lama selama 2 saat untuk mematikan panggilan
  • Aktifkan pembantu suara : Ketik sebanyak 3 kali
  • Pairing Manual : Ketik lama selama 4 saat (Ketik sebanyak 2 kali untuk mod paring TWS)

 

SPESIFIKASI RINGKAS :

 

PAKEJ PEMBELIAN :

Perhatian! Perhatian! Perhatian! Bagi yang berminat, UGREEN True Wireless Stereo Earphones ditawarkan pada harga RM199.99 dan boleh dibeli menerusi lama e-dagang Lazada. Lebih menarik, untuk tempoh terhad sahaja korang boleh dapatkan UGREEN True Wireless Stereo Earphones pada harga lebih rendah dengan kod baucar di Lazada dan Shopee yang sah – promosi sah sehingga 31 Januari 2019! Kupon diskaun RM10: Lazada  | Shopee.

 


UGREEN 10,000mAh PD Power Bank

Bercakap mengenai powerbank, perkara utama yang korang akan pilih adalah kapasiti simpanan. Betul atau tidak? Masakan tidak, apa guna beli powerbank mahal – mahal tetapi hanya boleh digunakan untuk beberapa kali sahaja. Kan? Jangan pening – pening, apa kata korang try UGREEN 10,000mAh PD Power Bank! Tapi, Apa yang menarik?

UGREEN 10,000mAh PD Power Bank dibina dengan berat badan yang ringan iaitu sekitar 206 gram bersama kapasiti yang besar iaitu 10,000mAh. Rekaan badan adalah berasaskan bahan plastik berkualiti tinggi bersama saiz yang kecil dan muat di dalam telapak tangan. Selain itu, ia didatangkan dengan dua port sambungan iaitu berasaskan USB-A dan juga USB-C (kedua-dua port menyokong pengecasan pantas bagi membolehkan peranti dicas dengan cepat).

Power indicator pada powerbank ini terbahagi kepada empat dot dan bercakap mengenai pengecasan semula, ia mengambil masa sekitar 3 jam – di mana 83% lebih pantas berbanding input USB piawaian standard! Bagi yang berminat, UGREEN 10,000mAh PD Power Bank ditawarkan pada harga RM79.99 (Harga asal : RM139.99) dan boleh dibeli menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Lazada  | Shopee.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here