Kini Korang Boleh Guna Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

345

Perkhidmatan aplikasi Touch ‘n Go eWallet kini diperluaskan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sekali gus menjadikan ia terminal bas tanpa tunai pertama di Malaysia. Inisiatif ini diambil bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, selain juga meningkatkan pengalaman tanpa tunai dalam sektor pengangkutan.

Di smping itu, ia juga bertujuan mempercepatkan aspirasi kerajaan untuk mengubah negara menjadi masyarakat tanpa tunai. Melalui perkhidmatan ini, pengguna kini diberikan alternatif pembayaran lebih mudah dan selamat melalui pembelian tiket bas tanpa tunai.

Terus melangkah ke hadapan, Touch ‘n Go eWallet akan berusaha mengembangkan lagi perkhidmatannya ke lebih banyak terminal bas di Malaysia dalam usaha membawakan teknologi canggih dalam landskap pembayaran digital kepada rakyat Malaysia.