Kemasan Design Lebih Unik & Menarik! HONOR MagicWatch 2 Limited Edition Kini Diperkenal

259
- Iklan -

Baru sahaja muncul beberapa bulan lepas, HONOR kini telah mengemas kini barisan jam pintarnya dengan pengenalan HONOR MagicWatch 2 Limited Edition. Edisi kali ini dilihat hadir dengan kemasan unik bersama rekaan grafik dan warna-warni menarik. Jam pintar ini telah diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah majlis khas yang berlangsung di London, baru – baru ini.

HONOR MagicWatch 2 Limited Edition menyertakan tema terbina yang sepadan dengan gaya uniknya. Reka bentuk diinspirasi daripada seni halus yang menggambarkan pelbagai grafik menarik antaranya haiwan, kehidupan dan sebagainya. Menurut sumber, pengenalan edisi ini merupakan tindakan agresif syarikat bagi menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna – sekaligus satu langkah dalam mewujudkan identiti tersediri berbanding yang lain.

Meskipun tampil dengan kemasan unik, jam pintar ini masih membawakan spesifikasi dalaman yang sama dengan versi standard. HONOR masih berteka – teki mengenai ketersediaannya dan masih belum diketahui sama ada ia bakal ditawarkan di pasaran tempatan ataupun tidak. Bagaimanapun, korang boleh mendapatkan HONOR MagicWatch 2 versi standard (46mm) pada harga RM699 (Charcoal Black) & RM749 (Flax Brown)

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here