Kamera Dibawah Skrin Bakal Muncul! Nantikan vivo APEX 3 Pada MWC 2020

228

Peranti konsep vivo APEX sudah menjadi peranti yang dinanti-nantikan seluruh dunia, terbaru pihak vivo telah menghantar jemputan kepada para media untuk menghadiri ke acara Mobile World Congress (MWC) 2020 yang berlangsung di Barcelono mulai 23 ~ 24 Feb 2020.

vivo APEX sentiasa hadir dengan teknologi masa hadapan, seperti paparan skrin penuh dengan pengimbas cap jari dalam skrin yang diperkenalkan sebelum ini telahpun berjaya direalisasikan. Jadi bagi kemunculan awal vivo APEX 3 di MWC 2020 nanti, apa yang menjadi tarikan kali ini?

Melalui jemputan yang dikongsi, slogan Empower The Next dengan rekaan bulatan seperti kamera ini dipercayai generasi ke-3 akan lebih menekankan pada kamera swafoto. Ini bermakna ia mungkin menggunakan teknologi kamera swafoto di bawah skrin, yang akan menjadi trend pada tahun baru ini.

Selain peningkatan pada kamera, teknologi pengecasan pantas juga merupakan salah satu peningkatan besar pada vivo APEX 3. Sebelum ini vivo pernah memaparkan teknologi pengecasan pantas 120W yang mana mampu mengecas penuh bateri berkapasiti 4,000mAh hanya dalam 13 minit, dan ini akan diperlihatkan juga pada APEX 3 nanti.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here