CES 2020 : HONOR Rangkul Pelbagai Anugerah – Dinobatkan Sebagai Jenama Terbaik Global!

656

HONOR berjaya meraih pelbagai anugerah pada acara CES 2020 – Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa HONOR berupaya menghasilkan produk yang terbaik dengan prestasi pernigaan yang mantap.

HONOR MagicWatch 2 telah dianugerahkan sebagai Best of CES 2020 oleh barisan media utama peringkat antarabangsa seperti Android Headlines, PocketNow dan Ubergizmo. Seterusnya, HONOR Band 5 pula dinobatkan sebagai CES 2020 Spotlight Award oleh Android Authority dan menjadi salah satu pilihan utama di CES pada tahun ini.

Dalam pada itu, HONOR juga telah dinobatkan sebagai “Top 15 Global Smartphone Brand of the Year” dan “Global 5G Smartphone Innovation Breakthrough Brand” oleh IDG – terima kasih kepada inovasi perintisnya dalam arena 5G!

Pada tahun 2019, HONOR telah menyaksikan pertumbuhan hebat di pasaran luar negara – di mana berjaya mencapai peningkatan 21% YoY dalam penghantaran peranti pintar pada suku pertama. Disokong oleh strategi 1 + 8 + N IoT, HONOR juga berjaya mencatatkan peningkatakn sebanyak 1333% YoY dalam penghantaran barang-barang wearable pada tempoh yang sama. Di Rusia , HONOR telah mencapai sebanyak 25% dalam bahagian pasaran.

HONOR akan terus terus berdedikasi dalam mencipta teknologi perintis pada masa akan datang. Tunggu lebih banyak kejutan daripada HONOR dan kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut.