Berharga RM599! realme 5i Kini Rasmi – Sokong 4 Kamera Utama + Bateri 5,000mAh

669

realme sekali lagi menggegarkan pasaran tempatan dengan kemunculan satu lagi ahli baru di bawah keluarga realme 5 iaitu realme 5i. Membawakan sejumlah penawaran menarik seperti empat kamera utama dan bateri sebesar 5,000mAh, realme 5i boleh dikatakan berupaya menjadi yang terbaik dalam kelasnya. Bukan itu sahaja, penawaran harga yang mampu milik juga menjadi sorotan utama pada realme 5i.

realme 5i membawakan paparan bersaiz 6.5″ HD+ (720 x 1600 piksel) dengan kepadatan piksel sebanyak 269ppi, panel utama menggunakan Corning Gorilla Glass 3 sebagai perlindung utama.

Terdapat sokongan pengimbas cap jari fizikal pada belakang peranti untuk tujuan keselamatan. Untuk dalaman, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 665 dan dipadukan dengan sokongan memori sebesar 4GB RAM + 64GB ROM. Menariknya lagi, ia juga menyokong slot kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 256GB.

Untuk persediaan kamera, realme 5i menyokong persediaan 4 kamera utama dengan gabungan lensa 12MP (Main) + 8MP (Ultra – Wide) + 2MP (Portrait) + 2MP (Ultra Macro) dan terdapat ketersediaan LED Flash.

Kamera selfie pula didatangkan dengan lensa sebesar 8MP (f/2.0). Kemera realme 5i diselitkan dengan sejumlah ciri fotografi yang menarik termasuk Slo-Mo, Nightscape 2.0, Potrait dan banyak lagi.

realme 5i didatang dengan dua pilihan warna menarik seperti Aqua Blue dan Forest Green. Bagi yang berminat, realme 5i ditawarkan pada harga RM599 dan ketersediaan adalah bermula 18 Januari 2020.

Bagi pelanggan yang suka membeli secara online, realme 5i juga boleh dibeli di Lazada pada 28 Januari 2020 bermula 12am. Pembelian realme 5i akan disertakan sekali kotak hadiah CNY.

Unboxing: realme 5i