Beli HUAWEI MateBook D 15 & Dapatkan Hadiah Percuma Sejumlah RM1,287 Di HUAWEI Roadshows Pada 18 Januari 2020

463

Komputer riba terbaru HUAWEI MateBook D 15 akan dijual pada harga RM2,499 mulai 18 Januari, pada hari tersebut pelanggan juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai sejumlah RM1,287 dengan pembelian MateBook D 15 di HUAWEI Roadshow.

HUAWEI Roadshow akan diadakan di empat lokasi, termasuk IOI City Mall, Putrajaya, Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Queensbay Mall, Pulau Pinang dan Imago Mall, Sabah. Hadiah percuma termasuk Microsoft Office 365, tetikus Bluetooth dan HUAWEI FreeBuds 3.

MateBook D 15 dibina dengan paparan skrin 15.6” pada bezel senipis 5.3mm, dijana cip pemproses AMD Ryzen 5 bersama 8GB RAM + 256GB SSD, dan 1TB HDD serta 3 USB porr (1x USB 3.0 dan 2x USB 2.0), bicu audio 3.5mm dan HDMI port. Maklumat lanjut, layari HUAWEI Malaysia.