ASUS ROG Phone II Strix Edition Kini Rasmi – Dijual Pada Harga RM2,499

430

Setelah melihat pelbagai produk ROG baharu yang diperkenalkan di CES 2020, hari ini ASUS Malaysia telah mengumumkan kehadiran ROG Phone II Strix Edition untuk pasaran tempatan dengan tanda harga yang lebih mesra pengguna, iaitu RM2,499!

Edisi Strix mempunyai storan dalaman yang berbeza berbanding model sedia ada, iaitu dilengkapi 8GB RAM dan 128GB ROM. Spesifikasi lain termasuk sokongan cip pemproses Snapdragon 855+, bateri sebesar 6,000mAh dengan pengecasan pantas 30W, paparan skrin bersaiz 6.59 inci AMOLED yang dilindungi Corning Gorilla Glass 6.

Bahagian kamera diletakkan dwi-lensa 48MP + 13MP untuk kamera utama, sementara kamera swafoto menggunakan 24MP lensa.

Pembelian ASUS ROG Phone II Strix Edition didatangkan sekali dengan AeroCase dan AeroActive Cooler II (bernilai RM398), ketersediaan bermula pertenghan Januari 2020 pada harga RM2,499.

Spesifikasi ROG Phone II Strix Edition:
Model ZS660KL-1A057WW
Sistem Operasi Android 9.0 (Pie)
Paparan Skrin 6.59 inci FHD+ (2340 x 1080)
Dimensi 170.99 x 77.6 x 9.78mm
Berat 240g
CPU Qualcomm Snapdragon 855-5 SM8150, Octa-core 2.96GHz
GPU Qualcomm Adreno 640
Kamera Swafoto 24MP
Kamera Utama 48MP + 13MP
RAM LPDDR4X 8GB
ROM UFS3.0 128GB
Sambungan 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth V 5.0 (EDR + A2DP), NFC
Kad SIM Dual Nano SIM
Sistem Keselamatan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin (In-display Fingerprint), Pengecaman Wajah
Bateri 6,000mAh + 30W Type-C
Harga & Ketersediaan RM2,499 (ROG Phone 2 Aero Case + Aero Active Cooler II)
Pertengahan Januari 2020

 

 

BACA JUGA:

Reviu Eksklusif: Bedah Siasat Kehebatan ASUS ROG Phone II, Power Ke?

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here