Apple Tawarkan Program Penukaran Smart Battery Case Untuk iPhone XS, XS Max & XR

184

Ada sesiapa yang menggunakan Smart Battery Case dari Apple? Baru-baru ini Apple telah mengenal pasti terdapat sesetengah Smart Battery Case untuk iPhone XS, XS Max dan XR menghadapi isu pengecasan.

Susulan isu pengecasan ini, Smart Battery Case yang terlibat mungkin akan menunjukkan satu atau dua tingkah laku seperti berikut:

  • Battery case tidak dapat dicas atau akan dicas secara berselang-seli apabila kuasa dihidupkan
  • Battery case tidak dapat mengecas iPhone atau akan mengecasnya secara berselang-seli

Smart Battery Case yang terlibat adalah model yang diperbuat antara Januari 2019 hingga October 2019, pengguna boleh menghantarnya ke Apple atau Apple Authorized Service Provider (AASP) untuk penukaran unit baharu, tiada cas dikenakan.

Maklumat lanjut mengenai program Penukaran Smart Battery Case, layari Apple.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here