Akhirnya iPhone 12 Akan Menyokong 6GB RAM Selain 5G?!

760

Reka bentuk atau spesifikasi dalaman iPhone 12 tidak pernah berhenti pendedahannya, terkini menurut sumber, Apple sedang merancang mengeluarkan iPhone berskrin 5.4 inci, 6.7 inci dan 6.1 inci dan salah satu model berspesifikasi tinggi adalah iPhone 12 Pro yang akan dibekalkan 6GB RAM.

[ Orang Biasa Pun Boleh Rakam Video Pendek Macam Pengarah ‘Joker’ Guna iPhone Jer! ]

Walau bagaimanapun, varian 6.1 inci adalah 4GB RAM dan masih meneruskan strategi harga tahun lepas. Pada masa yang sama, iPhone 3GB RAM dengan harga lebih mesra mungkin juga akan diumumkan.

Keempat-empat iPhone ini akan dilengkapi dengan paparan skrin OLED dan dikuasai cip bionik A14, perbezaan antara seperti berikut:

  • 7 inci iPhone 12 Pro: Tri-kamera utama dengan sensor 3D dan 6GB RAM
  • 1 inci iPhone 12 Pro: Tri-kamera utama dengan sensor 3D dan 6GB RAM
  • 1 inci iPhone 12: Dwi-kamera utama dan 4GB RAM
  • 4 inci iPhone 12: Dwi-kamera utama dan 4GB RAM

BACA JUGA:

 

Pendedahan awal juga mengatakan Apple akan melancarkan iPhone SE2 pada bulan Mac nanti, apa-apa pun segala info lanjut kita nantikan pengemaskinian dari Apple.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gambar Acah iPhone 12/12 Pro/SE2 Tertiris! Butang Home Kembali Pada iPhone SE2?!