vivo S1 Pro Kini Rasmi – Tampil Dengan Kamera 48MP & Dijual Pada Harga RM1,199

273
- Iklan -

Jenama peranti terkemuka vivo kini meneruskan langkah cemerlang tahun 2019 apabila telah memperkenalkan peranti terbaharu yang dikenali sebagai vivo S1 Pro, sebuah peranti yang mempunyai reka bentuk menarik yang dijual pada harga RM1,199.

Peranti ini tampil eksklusif apabila dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.38″ FHD+ Super AMOLED yang memberikan tontonan terbaik kepada pengguna.

Hadir dengan sistem operasi Funtouch OS 9.2 berasaskan Android 9, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 665 yang turut dipadankan dengan aspek memori sebesar 8GB RAM dan 128GB ROM.

Jika kita lihat dari aspek kamera pula, ia sememangnya luar biasa kerana ia dihadirkan dengan kamera utama 48MP (f/1.8) + 8MP Super Wide-Angle (f/2.2) + 2MP Super Macro (f/2.4) + 2MP Bokeh (f/2.4). Kamera hadapan pula disertakan dengan 32MP (f/2.0), hasil gambar pasti lebih menggiurkan.

vivo S1 Pro ini juga tampil dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4500mAh dan dihadirkan dengan pengecasan pantas 9V/2A.

Jualan rasmi vivo S1 Pro bermula pada 7 Disember 2019, ia tampil dalam 2 varian warna menggoda iaitu Fancy Sky dan Knight Black. Anda boleh membuat pra-tempahan mulai hari ini di Shopee, Lazada, PrestoMall dan vivo Store. Sementara S1 Pro Superday turut menyediakan potongan menarik di samping lucky draw pada 7 Disember 2019, di Central i-City. So jangan terlepas peluang jika berminat.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here