Sokongan Selular Bagi Apple Watch Series 5 Bakal Ditawarkan Oleh Celcom & Maxis!!

293
- Iklan -

Sejak kehadiran Apple Watch Series 5 dengan sokongan selular, hanya Telco dari Digi sahaja yang menawarkan sokongan untuknya.

Namun pengguna Celcom dan Maxis jangan bimbang kerana mereka dikhabarkan bakal menyertakan sokongan Selular bagi peranti ini.

Seperti yang diketahui, Apple Watch Series 5 dihadirkan dengan fungsi eSIM. Hal ini memudahkan pengguna kerana menerusi Apple Watch Series 5, anda boleh terus melakukan panggilan atau menghantar mesej.

Menariknya, eSIM turut membenarkan anda menggunakan nombor telefon yang sama dengan nombor telefon utama anda.

Ia bakal ditawarkan bermula 13 Disember nanti. Jadi sama-sama kita nantikan!!

________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here