Smartphone Dengan Kamera 108MP Pertama Di Dunia Rasmi – Xiaomi Mi Note 10 Harga Bermula RM2,099

256
- Iklan -

Setelah sekian lama dinantikan, Xiaomi secara rasminya memperkenalkan ahli baru mereka untuk pasaran tempatan iaitu Xiaomi Mi Note 10. Peranti pertama di dunia diperkenalkan dengan sokongan penta kamera 108MP.

Selain kamera, smartphone ini juga disertakan dengan sejumlah spesifikasi lebih baik bagi memberi yang terbaik buat peminat setia.

Xiaomi Mi Note 10 membawakan paparan 6.47″ AMOLED FHD+ (2340 x 1080) dengan rekaan takuk kecil menempatkan kamera hadapan. Ia didatangkan dengan binaan yang ergonomik di mana menyertakan kemasan lengkung 3D pada bahagian tepi.

Enjin dalaman peranti dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730G yang dipadukan dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Melengkapi peranti lagi adalah bateri besar berkapasiti 5,260mAh bersama sokongan pengecasan pantas 30W.

Bagi kamera pula, ia dibekalkan dengan lima kamera utama – dengan padanan sensor 108MP (f/1.33) + 12MP (f/2.0) + 5MP (f/2.0) + 20MP (f/2.2) + 2MP (f/1.75). Antara ciri menarik lain termasuklah 5x optikal zoom, 10x hybrid zoom, 50x digital zoom, Night mode 2.0, 960fps macro slow-motion video, 4K Ultra Wide Angle video dan vlog mode. Mengiringinya adalah kamera selfie sebesar 32MP (f/2.0).

Yang membezakan Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro adalah lensa sahaja, di mana Mi Note 10 menggunakan 108MP 7P, dan Mi Note 10 Pro menggunakan 108MP 8P.

Harga jualan Xiaomi Mi Note 10 seperti berikut:
🔥 Xiaomi Mi Note 10 (6GB + 128GB) – RM 2,099
🔥 Xiaomi Mi Note 10 PRO (8GB + 256GB) – RM 2,499

Ketersediaan bermula 7 Disember 2019, tawaran PWP RM100 diskaun diadakan mulai 7 ~ 15 Disember 2019 bagi produk Mi Store apabila membeli Xiaomi Mi Note 10. Bagi varian 8GB pula, boleh mendapat jaminan 12 bulan Screen Replacement (terma & syarat).

Pra-tempahan kini dibuka di Lazada (Mi Note 10 l Mi Note 10 Pro) & Shopee (Mi Note 10 Pro).

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here