- Iklan -

Boleh saya katakan telefon pada ketika ini bukan hanya untuk melakukan panggilan atau menghantar mesej atau bermain game sahaja. Kini ia seperti pelengkap ‘OutFit Of The Day (OOTD)’ anda kerana rekaan yang unik dan fancy.

Itulah situasi yang relevan yang mampu diungkap mengenai vivo S1 Pro yang tampak sesuai untuk dipadankan dengan si Fashionista! Tak Percaya? Tengok ni!

 

Spesifikasi Ringkas Yang WOW!!!

Sebelum pergi dengan lebih mendalam, jom kita lihat dahulu spesifikasi ringkas vivo S1 Pro ini!

Spesifikasi
  • 6.38 FHD+ Super AMOLED
  • Funtouch OS 9.2(Berasaskan Android 9)
  • Snapdragon 665
  • Memori: 8GB + 128GB
  • Kamera Hadapan: 32MP
  • Kamera Utama: 48MP +8MP+2MP+2MP
  • 4500mAh (Dual Engine Fast Charging )
  • Warna: Fancy Sky & Knight Black
  • Harga: RM1,199

 

⚡ Rekaan Hipster Buat Fashionista Meleleh Air Liur!

Mereka yang Fashionista pasti akan tertambat hati melihat rekaan pada vivo S1 pro ini. Rekaan yang tiada pada peranti lain khusus pada bahagian kamera yang berbentuk Diamond yang boleh dikatakan sangat ‘Hispter’ dan cocok buat mereka yang berani untuk berfesyen.

Sedikit lengkungan pada panel belakang menambahkan lagi nilai eksklusif pada peranti ini dan buat ia tampak lebih mewah dan seksi.

Sungguhpun ia dihadirkan dengan notch pada skrin hadapan, tetapi bezel yang nipis membuatkan ia tampak lebih luas. Tak percaya? Korang tengok sendiri kejelitaan peranti vivo S1 pro ini!

 

⚡ Skrin Awesome Menepati Gaya Hidup Urban!

Pastinya golongan muda khususnya Fashionista banyak menghabiskan masa menggunakan telefon pintar. Justeru paparan telefon haruslah kemas, warna yang terhasil pada skrin jelas dan paparan perlu menyerlah.

Korang tak payah risau kerana vivo S1 pro ini tampil dengan skrin bersaiz 6.38″ Super AMOLED Display dengan nisbah skrin ke kerangka mencapai sehingga 90%. Giler luas!!! Apa yang penting ia tampil dengan resolusi 1080P dan warna yang sangat harmoni. Fancy!!!

 

⚡ Kamera Amazing Buat Korang Nampak Lebih Cun!!

Aspek ni yang paling penting buat Fashionista sebab mereka sering memuat naik gambar di laman sosial seperti di Instagram. Jadi kamera kena ‘on point’ bagi merakam imej yang mempersona.

Jadi Vivo S1 Pro ini sangat baik kerana ia dihadirkan dengan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP bagi kamera utama. Kamera ini mampu merakam perincian imej yang sangat baik dan tampak lebih natural.

Bokeh yang terhasil juga adalah sangat baik. Warna yang terhasil pun sangat menawan. Warna juga sangat baik walaupun dalam keadaan low light. Tak percaya? Tengok sendiri!

Kamera depan pun power jugak tau sebab ia dihadirkan dengan 32MP. Jadi sememangnya gambar swafoto anda akan lebih WOW dan tidak ‘fake’. Barulah anda dapat lebih banyak like di media sosial. Meh tengok gambar Selfie nih!!

 

⚡ Prestasi Dalaman Yang Not Bad!!

Kamera dan rekaan sememangnya dah nice!! Tapi bagaimana pula dengan prestasi telefon ini. Korang jangan risau kerana prestasi vivo S1 Pro ini pun boleh tahan tau apabila ia hadir dengan Qualcomm Snapdragon 665 dan dipadankan dengan 8GB RAM + 128GB ROM. Ia menjalankan operasi dengan baik dan lancar. Jom kita tengok prestasi peranti Vivo S1 pro ini.

💢 AnTuTu Benchmark

💢 Geekbench 5

 

⚡ Bateri Besar Sesuai Untuk Si Hispter!

Gaya hidup anak muda yang Fashionista dan Hispter ini memerlukan bateri yang besar kerana mereka kerap menggunakan aplikasi pada peranti mereka yang memakan banyak bateri.

Jangan risau kerana vivo S1 pro ini dihadirkan dengan 4500mAh dengan Dual Engine Fast Charging. Jom kita tengok kelajuan mengecas vivo S1 Pro ini!

Kami mula mengecas pada jam 9.05 pagi iaitu ketika bateri pada 25%. Ia berjaya di cas penuh pada jam 10.51 pagi. Mengambil masa hanya selama 1 jam 46 minit.

 

⚡ Apa kata Editor

Nak cakap apa lagi vivo S1 pro ini pastinya sangat sesuai bagi korang yang melakukan gaya hidup moden dan berfesyen. Rekaan yang sangat ncie dan kepuayaan kamera yang memukau membuatkan korang syiok menggunakan peranti ini. Nak guna vivo S1 Pro ini pun sememangnya sangat lancar tau!! Tak rugi kalau nak beli.

Jadi apa tunggu lagi, tak rugi kalau korang nak beli vivo S1 Pro pada harga RM1,199 sahaja!!! Serius berbaloi!

BACA JUGA:

vivo S1 Pro Kini Rasmi – Tampil Dengan Kamera 48MP & Dijual Pada Harga RM1,199

______________________

Artikel Berkaitan:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here