realme X2 Pro Pecah Rekod!! – Pra-Tempahan Habis Ditempah Dalam Masa 14 Minit!!

783

Sambutan ketibaan peranti paling ‘hype’ realme X2 pro di pasaran Malaysia sangat menakjubkan. Hal ini terbukti apabila pra-tempahan realme X2 Pro menerusi ‘Chup Dulu Lazada’ pada 5 hingga 11 Disember 2019 telah habis ditempah dalam masa hanya 14 minit sahaja!!!

Menariknya, menerusi sesi pra-tempahan ini, anda akan mendapat hadiah percuma seperti realme Backpack, realme Power Bank dan realme Buds Wireless.

Sambutan menggalakkan ini ekoran daripada spesifikasi realme X2 Pro yang sangat menakjubkan. Tampil dengan varian 12GB + 256GB. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 855+ dan tampil dengan skrin yang baik iaitu 6.5 inci FHD+ dengan refresh rate 90Hz.

Kamera juga menakjubkan apabila disertakan dengan sistem 4 kamera yang mana kamera utama adalah 64MP. Kamera hadapan pula adalah 16MP. Tampil dengan bateri sebesar 4000mAh dan dipadankan dengan SuperVOOC Flash Charge 50W.

Beli Peranti realme Di Sini

_____________________________

Artikel Berkaitan: