realme X2 Pro Dengan 64MP Kamera Utama Kini Tiba – Harga Bermula RM2,399!

316
- Iklan -

realme hari ini sekali lagi mengemas kini barisan peranti pintar keluaran mereka untuk pasaran tempatan menerusi kemunculan realme X2 Pro. Sebuah peranti yang boleh dikategorikan sebagai serba lengkap dengan spesifikasi menarik serta harga mampu milik. Pelbagai penambahbaikan ketara yang diselitkan pada model kali ini, yang mana dilihat pastinya bakal menggegarkan industri peranti pintar!

realme X2 Pro membawakan paparan bersaiz 6.5″ Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Peranti ini dibekalkan dengan kepadatan piksel sebanyak 402ppi dan dilapisi sokongan Corning Gorilla Glass 5 sebagai pelindung utama.

Untuk enjin dalaman, realme X2 Pro dikuasakan oleh cip Snapdragon 855+ dengan sokongan memori 12GB RAM dan storan 256GB. Persediaan ini dibantu oleh sokongan GPU Adreno 640. Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 4,000mAh bersama pengecasan 50W SuperVOOC Flash Charge – berupaya mengecas penuh dalam masa hanya 35 minit sahaja.

Bagi kamera, realme X2 Pro dibekalkan dengan sokongan 4 kamera utama – 64MP (f/1.8) + 13MP telephoto (f/2.5) + 8MP 115° Wide-angle (f/2.2) + 2MP portrait (f/2.4) dan diiringi kamera selfie tunggal sebesar 16MP (f/2.0).

Hasil gambar
Hasil gambar

Menariknya mengenai kamera ini adalah ia menyokong 5x zoom optikal, 20x zoom hybrid, Nightscpe 2.0 dan sebagainya. Bagi yang berminat, realme X2 Pro tersedia dalam dua warna menarik seperti Lunar White & Neptune Blue, dengan tawaran harga RM2,399.

Jika anda berminat, boleh “chup” dulu melalui Lazada Chup Dulu bermula 5 Disember 2019, jam 12am. Setiap pembelian akan mendapat hadiah PERCUMA realme Buds wireless, realme Power Bank dan realme bagpack. Sementara jualan online akan bermula pada 12 Disember 2019, jam 12am di Lazada.

Selain itu, DirectD juga akan mengadakan jualan istimewa pada 7 Disember 2019, jam 12am bertempat di DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya. Ajak rakan-rakan pergi bersama-sama la ya~

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here