Permainan RPG Fairy Tail Bakal Dirasmikan Pada 19 Mac 2020!!!

219
- Iklan -

Kaki anime dan gamer pastinya mengenali watak-watak di dalam cerita Fairy Tail!!! Berita baik buat anda kerana Koei Tecmo telah mengumumkan tarikh pelancaran permainan RPG ini yang berkisar tentang Fairy Tail iaitu 19 Mac 2020.

Menariknya permainan ini akan dilancarkan bagi platform PlayStation 4(PS4), Switch dan PC. Platform PC juga turut tersedia menerusi Steam.

Terdapat lebih dari 12 watak boleh dimainkan pada permainan ini antaranya Kagura Mikazuchi, Sherria Blendy dan banyak lagi watak yang popular.

Permainan ini hadir dengan plot penceritaan yang tersendiri yang dipantau oleh Hiro Mashima yang merupakan pereka siri tersebut.

Dalam pada itu, terdapat kandungan bonus seperti versi Digital Deluxe akan disertakan dengan kostum tambahan bagi watak Erza dan Lucy.

Mesti korang tak sabar kan!!! Tunggu jelaa!!

________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here