- Iklan -

Xiaomi kini muncul dengan satu lagi ahli baru untuk barisan smartphone keluarannya di pasaran tempatan menerusi model Xiaomi Mi Note 10. Ketibaan smartphone ini pastinya menimbulkan keterujaan dalam kalangan peminat setia.

Mana tidaknya, ia merupakan peranti pertama di dunia yang dibekalkan dengan lensa 108MP AI Penta Camera. Adakah ia benar-bbenar hebat? Oleh itu, ini adalah pandang pertama penulis mengenai Xiaomi Mi Note 10. Jom kita usha!

 

                                      REKAAN MEMUKAU                                        

Xiaomi sekali lagi bijak dalam susun atur sebuah peranti – menyertakan rekaan skrin hampir penuh bersama takuk kecil pada paparan hadapan yang menempatkan kamera hadapan.

Xiaomi Mi Note 10 membawakan paparan berukuran 6.47″ AMOLED FHD+ (2340 x 1080) – menawarkan persembahan warna gamut asli. Badan terasa ‘sedap’ dipegang kerana ia sangat ergonomik dengan kemasan lengkung 3D di keempat-empat sisi.

Beralih pada belakang peranti, terdapat kamera utama dalam kedudukan menegak – tiga lensa ditempatkan dalam satu ‘perumahan’ dan diikuti oleh dua lagi lensa dengan kedudukan berbeza. Pada masa sama, ia turut menyertakan sokongan dual Flash yang ditempatkan bersebelahan dengan modul kamera peranti.

Sisi kanan terdapat butang kuasa dan butang laras suara yang ditempatkan pada posisi mudah dicapai. Pada masa sama, sisi kanan juga tersematnya satu slot SIM – dengan slot dwi-sim.

Untuk sambungan, telefon ini menggunakan port USB-C, di samping masih mengekalkan lubang kegemaran ramai iaitu bicu audio dan speaker yang tersedia pada bahagian bawah.

 

                         ENJIN DALAMAN PENUH KEJUTAN                           

Xiaomi Mi Note 10 dibekalkan dengan cip pemproses Snapdragon 730G (8nm) dengan padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Pun begitu, terdapat juga versi Pro dengan paduan memori 8GB + 256GB.

Selain itu, peranti ini juga dipadukan dengan GPU Adreno 618 bagi pengalaman penggunaan lebih baik. Dalam cubaan ringkas, penulis mendapati prestasi peranti berada pada tahap memuaskan – proses membuka dan menatal aplikasi terlihat lancar tanpa masalah lengah yang teruk.

Menambah keringan ramai lagi, Xiaomi dilihat melengkapkan peranti ini dengan bateri yang besar iaitu berkapasiti 5,260mAh (menerusi USB-C) bersama sokongan pengecasan pantas 30W daripada kotak.

Dengan padanan cip efisien dan kapasiti bateri yang besar ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati pengalaman berganda yang lebih baik.

Untuk kemasan antarmuka, Xiaomi Mi Note 10 menggunakan antaramuka MIUI 11 berlandaskan Android Pie – paparan antaramuka ini kelihatan moden, tersusun sekaligus mesra pengguna. Kemasan ikon juga terlihat ceria dengan kemasan warna yang kelihatan tajam dan terang.

 

          108MP PENTA CAMERA DI LUAR JANGKAUAN AKAL!

Terbaik memang terbaik! Sejak awal kemunculannya lagi, Xiaomi Mi Note 10 membuatkan banyak pihak tidak keruan. Mana tidaknya, ia dilengkapi barisan kamera dengan lensa luar biasa melalui padanan sensor 108MP (f/1.33) + 12MP (f/2.0) + 5MP (f/2.0) + 20MP (f/2.2) + 2MP (f/1.75).

Antara ciri menarik pada kamera termasuklah Dual OIS, 10x hybrid zoom, 50x digital zoom, Night mode 2.0, 960fps macro slow-motion video, 4K Ultra Wide Angle video dan vlog mode.

Mengiringinya adalah kamera selfie sebesar 32MP (f/2.0). Pertama kali mencuba, penulis merasakan hasil gambar berada pada tahap baik dan butiran terhasil juga kelihatan tajam.

Seterusnya, penghasilan warna juga kelihatan menarik bersama ‘feeling’ penglihatan seakan – akan dunia sebenar. Berikut penulis lampirkan sedikit hasil gambar daripada lensa Xiaomi Mi Note 10:

 

                                   HARGA & KETERSEDIAAN                                

Ini adalah artikel pandang pertama kami untuk Xiaomi Mi Note 10. Untuk ketahui lebih mendalam nantikan ulasan penuh mengenai peranti ini dalam masa terdekat.

Tersedia dalam tiga warna menarik seperti Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black, Xiaomi Mi Note 10 tersedia dalam dua versi dan harga serta ketersediaan adalah seperti berikut:

  • Xiaomi Mi Note 10 (6GB + 128GB) – RM2,099
  • Xiaomi Mi Note 10 PRO (8GB + 256GB) – RM2,499

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here