OPPO Reno2 Bakal Tampil Dengan Warna Baharu, Ocean Blue! – Jadi 100 Yang Pertama Memiliki Edisi Ini & Bawa Pulang Starbucks Tumbler Edisi Terhad!

379

OPPO bakal mengumumkan bahawa OPPO Reno2 bakal menerima warna baharu yang dikenali sebagai Ocean Blue ketika pelancaran OPPO’s Flagship Store yang kedua pada 12 Disember 2019 di Pavilion Bukit Bintang.

Ketika pelancaran ini nanti, Youtuber terkenal, Phei Yong akan memperkenalkan warna baharu ini.

Dalam pada itu, ketika pelancaran tersebut, anda berpeluang untuk menerima limited edition Reno2 Ocean Blue x Starbucks Tumbler bernilai RM56. Anda turut membawa Bluetooth speaker bernilai RM199 dengan pembelian OPPO Reno2 Ocean Blue Edition. Ia hanya tertakluk kepada 100 orang terawal sahaja!

OPPO Reno2 Ocean Blue disertakan dengan kombinasi 2 lapisan struktur PET dan teknologi nano yang memberikan kemasan yang unggul. Hadir dengan sistem 4 kamera dengan kamera utama adalah 48MP dan disertakan dengan Ultra Steady Video serta VOOC flash charge 3.0.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang OPPO, laman rasmi Facebook OPPO, OPPO Official Online Store, Lazada dan Shopee.

Beli Peranti OPPO Di Sini:

____________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here