OPPO Reno 10x Zoom 12GB RAM Special Edition Berharga RM3,399!

206
- Iklan -

OPPO Malaysia kini terus melebarkan sayap perniagaannya dengan membuka kedai flagship pertama milik merekater terletak di The Gardens Mall, Mid Valley, baru-baru ini. Konsep kedai ini dilihat menekankan inovatif pada produk OPPO dan dalam masa yang sama memberikan pengalaman terbaik buat pengguna setia.

Seiring pelancaran itu, OPPO turut hadir dengan OPPO Reno 10x Zoom 12GB RAM Special Edition dan ianya secara tidak langsung kini pengguna mempunyai lebih pilihan untuk membeli. OPPO Reno 10x Zoom 12GB RAM Special Edition dijual pada harga RM3,399 dan ketersediaan bermula 7 Disember 2019 – menerusi beberapa platform berbeza termasuk OPPO Official Website, Lazada, Shopee dan rakan telco yang mengambil bahagian.

Bagi yang berminat, sesi pra tempahan kini telah pun dibuka sehingga 6 Disember 2019 dan setiap pembelian didatangkan dengan sejumlah hadiah menarik berupa Fujifilm printer bernilai RM548. Jangan lupa dapatkan satu! Maklumat lanjut, layari OPPO Malaysia.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here