OPPO A5 2020 Menerima Kemas Kini Harga Baharu – Kini RM799

1600

OPPO Malaysia telah mengemaskini harga jualan untuk OPPO A5 2020 yang berharga RM899 apabila ia diperkenalkan pada November, kini ditawarkan pada harga terkini RM799 untuk varian 4GB.

Bagi meraihkan lagi musim perayaan, jualan kilat eksklusif turut diadakan di laman e-dagang Lazada, Shopee dan OPPO Online Store serta kedai fizikal OPPO mulai sekarang sehingga 14 Disember 2019, dengan tawaran OPPO F11 Pro hanya pada RM799 (harga sebelum RM899) dan OPPO Reno hanya pada RM1,299 (harga sebelum RM1,699).

OPPO A5 2020 merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan skrin 6.5” HD, cip pemproses Snapdragon 655, 4GB RAM, 128GB ROM, dan kombinasi kuad kamera utama 12MP + 8MP + 2MP + 2MP bersama 8MP kamera swafoto. Peranti berkapasiti 5,000mAh ini juga disediakan dalam varian 3GB, dengan tawaran harga RM699.