Microsoft Xbox Series X Diperkenal – Konsol Permainan Baharu Lebih Berkuasa

674

Microsoft Xbox Series X diperkenalkan dalam acara Video Game Awards 2019 hari ini, konsol permainan akan datang ini berupa PC dengan rekaan segi empat memanjang.

Konsol baharu ini dikuasakan oleh gabungan CPU dan GPU AMD Ryzen Zen 2 dan AMD Radeon RDNA. Menurut Microsoft, pemproses kali ini 4 kali lebih berkuasa berbanding Xbox One X.

Selain itu, Xbox X Series dikatakan mampu bermain permainan dalam resolusi 8K, dengan sokongan kadar segar semula yang boleh diubah (Variable Refresh Rate, VRR) sehingga 120fps.

Dalam acara tersebut Xbox Wireless Controller baharu turut diumumkan, sebuah alat kawalan yang mmepunyai butang “Share” bagi memudahkan screenshot dan video klip diambil semasa bermain.

Pelancaran secara rasmi Xbox Series X akan bermula pada akhir tahun 2020, bagi peminat gaming perlu lebih bersabar ya.