Lebih Ramai Rakyat Malaysia Memilih Lazada Wallet Untuk Pembelian Dari Online-to-Offline Pada Jualan 12.12

449
- Iklan -

Lazada Malaysia nampaknya terus mencatatkan rekod terbaik pada 12.12 Grand Year End Sale dengan menyaksikan penggunaan Lazada Wallet tertinggi apabila 1 daripada 2 rakyat Malaysia memilih wallet digital ini sebagai solusi pilihan pembayaran. Pada waktu puncak, kadar transaksi wallet untuk setiap minit meningkat lebih dari 236%.

Platform eDagang terulung Malaysia itu juga berjaya mempamerkan kemampuan logistik terbaik dengan memecah rekod penghantaran paling pantas di rantau Asia Tenggara apabila berjaya melakukan penghantaran pertama dalam tempoh 39 minit selepas kempen bermula pada 12 Disember 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow berkata pada jualan 12.12, Lazada berjaya terus memberi pengalaman terbaik menerusi inovasi Kedai Konsep Baharu untuk terus kekal satu langkah di hadapan kehendak pengguna Malaysia. Pada masa sama, ia juga menawarkan lebih nilai tambahan kepada jenama dan para penjual kami sebagai platform eDagang yang dipercayai.

Beliau menambah, pada awalnya Lazada Wallet direka sebagai satu solusi kepada kesesakan infrastruktur pembayaran untuk memastikan proses beli-belah yang stabil dan lancar. Pun begitu, kami telah meluaskan lagi kemudahan penggunaan Lazada Wallet dengan membawakannya offline bagi mempamerkan potensi offline dan online untuk sama-sama maju kehadapan.

Katanya lagi, menerusi peningkatan penggunaan Lazada Wallet ini, Lazada dapat melihat pengguna di Malaysia kini lebih memilih solusi tanpa tunai dan sememangnya usaha akan ditambah bagi menggalakkan penggunaannya pada 2020.

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here