Jualan Pertama realme X2 Pro Pada 7 Disember!! – Turut Berpeluang Memenangi Cabutan Bertuah Dengan Hadiah Utama Bernilai RM2399

757

Keterujaan penjualan realme X2 pro (12GB+256GB) di Malaysia pada harga RM2399 akan tiba tidak lama lagi.

Anda boleh mengambil realme X2 pro pada 7 Disember 2019 di DirectD Gadget MEGA Store (PJ) pada jam 12 tengah malam. Mereka yang membeli offline sale yang pertama akan menerima realme’s Buds Wireless secara eksklusif, realme’s Backpack dan realme’s PowerBank.

Anda juga boleh memenangi cabutan bertuah yang mana tempat pertama bakal memenangi wang tunai berjumlah RM2399, tempat kedua RM1000 dan ketiga RM500.

Peranti ini tampil dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Snapdragon 855 Plus dan dipadankan dengan 12GB+256GB. Kamera juga sangat berkuasa apabila dihadirkan dengan sistem 4 kamera dengan kamera utamanya adalah 64MP dan disertakan dengan 20X Hybrid Zoom.

Ia turut disertakan dengan bateri sebesar 4000mAh dan tampil dengan Neptune Blue dan Lunar White.

Klik di sini untuk mengetahui informasi mengenai jualan pertama!

___________________________

Artikel Berkaitan: