JDX Presto Concept Store Kini Di Kuala Lumpur – Gedung Konsep Tanpa Tunai Terbesar Di ASEAN!

1146

Gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN, JDX Presto Concept Store kini secara rasminya dibuka di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ia adalah kerjasama antara PUC Berhad (“PUC”) dengan Smuzcity Berhad (“Smuzcity”) dalam usaha bersama mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia. JDX Presto Concept Store terletak di aras Aras 3 (Lot 63, 63B & 72) menawarkan pelbagai jenis jenama produk yang merangkumi barangan elektrik, gajet, kesihatan & kecantikan, kelengkapan rumah dan fesyen.

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan nikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet, PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Kemudian, pelanggan boleh memilih sama ada pungutan barangan secara langsung daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah menerusi sokongan JD Logistics.

Bersempena pembukaan rasmi, 5 pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 bermula hari ini hingga 31 Disember 2019 berpeluang memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong. Jadi, jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan nikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan ini! Muat turun aplikasi Presto menerusi : Apple Store | Google Play.