HONOR MagicWatch 2 Bakal Menjengah Ke Pasaran Malaysia Pada 18 Disember 2019!

406

HONOR MagicWatch 2 baru sahaja diperkenalkan secara rasmi di China, baru-baru ini. Kini, HONOR Malaysia membawa berita baik apabila mengumumkan bahawa ia bakal menjengah ke pasaran tempatan tidak lama lagi – dijadualkan pada 18 Disember 2019! Memetik poster tersebar, HONOR Malaysia bakal membawa masuk HONOR MagicWatch 2 dalam saiz 46mm.

HONOR MagicWatch 2 merupakan pewaris untuk HONOR Magic Watch yang dilancarkan tahun lepas dan didatang dengan peningkatan ketara – termasuk skrin dan bateri lebih besar. Ia membawakan paparan bersaiz 1.39 AMOLED dengan resolusi 454 x 454. Enjin dalaman dijana oleh cip pemproses Kirin A1 bersama kapasiti bateri – 455mAh di mana dua kali ganda berbanding HONOR MagicWatch.

Antara fungsi menarik pada jam pintar ini termasuk – pemantauan kadar jantung menerusi teknologi TruSeen 3.5, sokongan SP02, pemantauan tidur dengan TruSleep 2.0, pemantauan tekanan dengan TruRelax dan mengesan sehingga 15 mod sukan yang berbeza.  Ingin ketahui lebih lanjut mengenai harga dan ketersediaan jam pintar ini? Sama-sama kita tunggu tuan empunya badan muncul dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here