Gaventure Bakal Mewakili Malaysia Di Peringkat Grand Final Lenovo’s Legion of Champion IV (LoC IV)

577

Pertandingan Lenovo’s Legion of Champion IV (LoC IV) menyaksikan pasukan daripada Gaventure bakal mewakili Malaysia bagi kategori PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di peringkat Grand Final yang bakal berlangsung di Pantip Mall di Bangkok dari 13 hingga 15 December 2019.

Pasukan Gaventure bertarung dari pusingan awal sehingga berjaya menempah slot di peringkat Grand Final.

Di peringkat Grand Final tersebut, Gaventure akan bertarung merebut hadiah wang tunai USD 4,000 dan komputer riba Legion yang bernilai USD 1,500.

Sebagai tambahan, Legion turut menganjurkan Legion of Valkyries (LoV) yang merupakan pertandingan untuk wanita yang mana pemain wanita akan bertarung untuk merebut gelaran the best CS:GO di seluruh rantau.

Pemain, peminat dan penonton boleh menonton perlawan dengan klik di sini.

___________________________

Artikel Berkaitan: