Gambar Acah iPhone 12/12 Pro/SE2 Tertiris! Butang Home Kembali Pada iPhone SE2?!

1254
iPhone 11

Baru-baru ini, 9TechEleven telah berkongsi gambar acah iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone SE2 berdasarkan apa yang tersebar di laman sesawang sebelum ini.

Mengikut maklumat yang dikongsikan, iPhone SE2 tampil dengan reka bentuk peranti Apple yang dahulu di mana butang HOME disediakan. Spesifikasi dikhabarkan menggunakan skrin 4.7” LCD, cip pemproses A13, satu lensa kamera utama sahaja. iPhone SE2 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada suku pertama tahun 2020, harga jualan adalah USD399 (~RM1651).

Beralih ke iPhone 12, ia tersedia dalam 2 pilihan saiz skrin iaitu 5.4” dan 6.1” OLED. Bagi prestasi dalaman, ia dilengkapi dengan cip pemproses A14 dan sokongan dwi-kamera pada panel belakang. Sokongan 5G turut ditawarkan dan dijangka akan dikeluarkan sekitar September 2020, dengan harga jualan antara USD699 ~ USD799 (~RM2894 ~ RM3308).

Bagi varian iPhone 12 Pro pula, juga mempunyai 2 pilihan skrin iaitu 6.1” dan 6.7” OLED, turut serta cip pemproses A14, tri-kamera utama dan sokongan 5G. Pengenalan awal dijangka sama dengan iPhone 12 iaitu sekitar September 2020, dengan harga jualan antara USD999 ~ USD1099 (~RM4135 ~ RM4550).

Walaupun maklumat tertiris ini masih tidak disahkan lagi dan hanya sekadar khabar angin, namun jika ia menjadi benar apa komen anda pula?

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here