Cari Hadiah Untuk Sambutan Krismas 2019? Ni Gajet Terbaik Dari Ugreen!

472
- Iklan -

Walaupun korang tidak menyambut perayaan Krismas, tetapi tetap akan berkunjung ke pusat membeli-belah untuk mengambil gambar menarik hiasan Krismas, kan? Sempena sambutan akhir tahun 2019, korang mesti juga sibuk mencari hadiah bagi orang tersayang atau parti-parti untuk gift exchange.

Okay, kalau korang masih tiada idea lagi untuk beli apa, baik semak senarai produk bagus-bagus dari Ugreen. Ahaa… mereka juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi meraihkan perayaan ini, korang boleh semak di Blog Ugreen.

 

1) Ugreen PD Fast Charge Kit – Hadiah Terbaik Khas Peminat Apple

Setiap kali melancarkan peranti baharu, pastinya turut serta dengan perubahan baharu. Sama juga pada siri iPhone 11 yang dirasmikan September lalu, salah satu fokus adalah sokongan USB C Power Delivery Charger dan USB C ke kabel Lighting yang dilengkapi pada iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Menurut Apple, peranti iPhone telahpun mendapat sokongan protokol USB PD sejak iPhone 8. Bermakna, sekiranya kawan korang menggunakan iPhone 8 atau model selepasnya adalah disarankan membeli Ugreen 18W PD Charger dan USB C ke kabel Lightning.

  • 18W PD Fast Charger

Pengecasan pantas Ugreen 18W PD dengan USB C ke kabel Lightning boleh mengecas iPhone dari 0% hingga 50% hanya dalam 30 minit. Ia sangat mudah dibawa dengan badan yang kecil dan ringan, menawarkan maximum 18W output untuk pengecasan berkelajuan tinggi pada iPhone, iPad dan kebanyakan peranti USB-C termasuk Google Pixel, Nintendo Switch, Samsung Galaxy, LG dan sebagainya.

Tambahan lagi, pengecas ini juga serasi dengan QC 3.0, QC 2.0, Samsung AFC dan Huawei FCP. Dapatkan 18W PD Fast Charger dengan diskaun tambahan 10% di Lazada dan kod UGRE12 di Shopee.

 

  • USB-C ke Kabel Lightning

Ugreen USB-C ke kabel Lightning ini telah disahkan oleh Apple MFi (PPID: 219693-0118), bahan nilon yang digunakan boleh mencegah geseran dan kerosakan yang tidak dijangka malah juga memastikan jangka hayat yang lebih panjang.

Khususnya, kabel ini boleh digunakan dengan pelbagai jenis pengecas USB-C Power Delivery, termasuk PD 18W, 30W, 45W, 61W, 65W dan 87W. Selain itu, pengecasan pantas juga boleh digunakan sekali untuk iPhone 8, 8 Plus, X, XR, XS, XS Max, 11, 11Pro dan 11 Pro Max. Jadi, korang boleh beli melalui Lazada dan kod UGRE12 di Shopee dengan diskaun tambahan 10%.

 

  • 10000mAh PD Power Bank

Power Bank ini boleh mengecas penuh iPhone 8 selama 4 kali dan iPhone XS lebih daripada 2 kali, bahkan juga boleh mengecas penuh Samsung Galaxy S10 Plus dalam sekitar 1.6 jam. Rekaannya cukup kompak dan mudah dibawa ke mana-mana.

Ia dilengkapi dengan USB C Power Delivery input dan output, bermakna ia bukan sahaja menyokong pengecasan untuk peranti lain bahkan juga boleh dicas semula dalam hanya 3 jam, iaitu 83% lebih cepat daripada Micro USB input.

Power Bank ini boleh digunakan pada iPhone, iPad, Nintendo Switch, GoPro, Samsung, Google Pixel, LG, Surface Go, Moto, Sony dan sebagainya. Tawaran potongan diskaun tambahan sebanyak 10% disediakan di Lazada.

 

2) Ugreen 6 in 1 Hub – Lebih Memudahkan Kepada Peranti USB C

Ini adalah hadiah terbaik untuk mereka yang mempunyai komputer riba dengan port USB-C, seperti Apple MacBook, Samsung Chromebook, Google Pixelbook, Microsoft Surface Go, Surface Book 2, Huawei MateBook X Pro, ASUS Chromebook Flip dan banyak lagi.

Hub ini hadir dengan port HDMI 4K, pembaca kad SD/TF dan 3 USB 3.0, kelajuan pemindahan data sehingga 5Gbps, 10x lebih laju daripada USB 2.0. Kerangka menggunakan binaan aluminium, sangat baik untuk pelepasan haba dan selamat digunakan.

  • Diskaun tambahan 10% di Lazada dan kod UGRE12 di Shopee.

 

3) Ugreen Bluetooth 5.0 Earbuds – Nikmati Ultimate Stereo

Wireless Earbuds adalah gajet terbaik untuk menikmati muzik di mana sahaja, apatah lagi kualiti bunyi yang ditawarkan. Ugreen Bluetooth 5.0 Earbuds bukan sahaja selesa dipakai, yang penting ia mempunyai bunyi berprestasi tinggi.

Sokongan Blutooth 5.0 mudah dipadankan pada peranti anda, kawalan sentuhan pada earbuds boleh menjawab panggilan, Play/Pause muzik serta mengaktifkan pembantu suara seperti Siri dan Google Assistant.

Tersedia dalam 3 pilihan saiz eartip, Ugreen earbuds ini mampu bertahan selama 3 jam sekali isian penuh, tetapi dengan menggunakan sarung pengecas anda mempunyai 18 jam waktu bermain. Korang boleh dapatkan diskaun tambahan 10% di Lazada dan kod UGRE12 di Shopee.

 

4) Ugreen Fast Wireless Charger Car Phone Mount – Memandu Dengan Lebih Selamat

Memegang peranti pintar untuk melihat navigasi sambil memandu adalah salah di sisi undang-undang, apatah lagi bahaya sebenarnya. Apa kata pula mengecas di dalam kereta dengan kaberl berterabur? Agak menjengkelkan, bukan?

Jadi dengan adanya Ugreen 2 in 1 Qi Wireless Charger Phone Holder, ia dapat membantu anda memandu dengan lebih selamat dan yang penting mudah untuk melihat GPS tanpa risau ketahanan bateri.

Ia menyokong sepenuhnya pada peranti Android dan Apple, dan mengecas iPhone pada 7.5W, Android pada 10W dan peranti lain pada 5W. Tunggu apa lagi, dapatkan satu untuk orang tersayang, atau ganjaran bagi diri sendiri dengan diskaun tambahan 10% di Lazada dan kod UGRE12 di Shopee.

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here