Apple Watch Series 5, iPad & Apple TV 4K Boleh Didapati Menerusi Pelan Maxis Zerolution Bermula Sekarang!

1022

Maxis kini mengumumkan bahawa Apple Watch Series 5, iPad & Apple TV 4K boleh didapati menerusi pelan Maxis Zerolution bermula hari ini – dengan bayaran bulanan menarik di mana tanpa kadar faedah, tanpa pembayaran pendahuluan dan kad kredit. Maxis juga menawarkan dua pelan baru – Maxis Postpaid Watch & Maxis Postpaid Tablet yang membolehkan sambungan untuk Apple Watch Series 5 serta iPad.

Menerusi pelan Maxis Postpaid Watch, pengguna boleh berkongsi kuota data mudah alih, panggilan suara dan SMS dengan Apple Watch dengan hanya RM18/bulan. Setiap langganan adalah termasuk percubaan selular dengan pengenalan selama tiga bulan secara percuma.

Menerusi Maxis Postpaid Tablet pula, ia menawarkan pengalaman iPad tebaik – menggabungkan iPad dengan data berkelajuan tinggi 5GB pada harga hanya RM18/bulan. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menaik taraf kepada data 10GB dan berkongsi akses Data Pool.

Sebagai tambahan kepada dua pelan baru tersebut, pengguna Fiber juga boleh meningkatkan pengalaman serat rumah mereka dengan Apple TV 4K. Dengan perkhidmatan WiFi yang lebih baik dari Maxis, pengguna bakal menikmati pengalaman hiburan dalam 4K HDR yang menakjubkan dengan bunyi Dolby Atmos.

Untuk masa terhad, sebahagian daripada Maxis Biggest Sale, pelanggan sedia ada pelan Maxis Fibre juga boleh menambah Apple TV 4K ke koleksi mereka dengan hanya RM1/sebulan termasuk langganan satu tahun Apple TV+. Maklumat lanjut, layari Maxis.