Sudah tiba masanya menutup tirai tahun 2019, sebelum menyambut tahun baru apa yang korang biasa akan buat ya? Tukar henfon baharu mesti dalam list kan?!

Haah… betul! Ini juga adalah masa korang sibuk tanya kawan-kawan di sekeliling, apa henfon yang bagus-bagus. Sukar untuk membuat keputusan, kadang kala tersalah beli pula, semua ini nampak familiar sangat kan?!

Usah risau, try tip yang kami bagi di bawah mesti membantu!

 

#1 Reka Bentuk Yang Menarik!

Bak kata pepatah ‘dari mata turun ke hati’, begitu juga dengan peranti pintar. Sebelum korang membeli, pastinya akan melihat reka bentuk terlebih dahulu. Dari situ akan timbul perasaan ingin memiliki, namun korang perlu ingat bahawa yang cantik tidak semestinya selesa untuk dipegang.

Jadi korang haruslah pastikan peranti tersebut memiliki warna yang korang minati, dan juga fizikal yang selesa untuk dipegang. Adalah memberi nilai tambah apabila peranti tersebut dihadirkan dengan rekaan yang unik seperti kamera hadapan tersembunyi atau kamera boleh putar kerana ia sebenarnya memberikan perspektif baharu kepada pengguna.

 

#2 Kualiti Paparan

Sebelum membeli telefon, salah satu perkara yang perlu difikirkan iaitu saiz skrin yang sesuai, jenis skrin sama ada LCD atau LED dan juga resolusi skrin yang baik.

Kriteria ini perlu diambil kira kerana ia akan memberikan korang kepuasan tontonan ketika menggunakan peranti ini. Jika skrin besar, namun jenis skrin dan resolusi skrin adalah ‘biashe-biashe’ pastinya membuatkan korang macam tidak puas menonton!

 

#3 Sistem Operasi

Sistem Operasi adalah nadi kepada sesebuah peranti pintar, kehadiran Android dan iOS adalah dua sistem operasi yang utama dalam bidang ini. Jadi sebelum korang membeli peranti baharu, pastikan korang tahu cara penggunaan setiap sistem operasi yang disokong pada peranti yang korang pilih.

Jangan pilih mengikut kerana bimbang anda tidak dapat menggunakan fungsi peranti tersebut dengan sepenuhnya sekiranya anda tidak tahu atau ‘familiar’ dengan sistem operasi peranti tersebut.

 

#4 Pemproses Dan RAM

Pemproses yang baik dan berkuasa pastinya dapat memaksimumkan fungsi peranti anda tanpa sebarang gangguan apabila melaksanakan pelbagai tugasan. Kebanyakan peranti masa kini dilengkapi dengan Octa-Core yang mempunyai kelajuan 2.5GHz dan ke atas, antara terkenal adalah Qualcomm Snapdragon, Samsung Exynos, Mediatek, Kirin, Apple dan Intel Atom.

Selain cip pemproses, pilihan RAM juga perlulah disertakan dengan kapasiti yang bersesuai dengan pemproses agar ia dapat mengoperasikan secara lancar pada tahap memuaskan.

 

#5 Storan

Disebabkan telefon pintar bukan hanya digunakan untuk menelefon atau menghantar mesej sahaja, tetapi pelbagai aplikasi boleh digunakan pada peranti ini menjadikan muat turun aplikasi memerlukan storan yang besar untuk menyimpannya.

Siri Samsung Galaxy Note 10 tersedia pilihan storan sehingga 512GB sokongan kad tambahan sehingga 512GB

Kebanyakan peranti handir dengan sokongan tambahan menerusi microSD, namun ada juga peranti yang tidak dihadirkan dengan memori tambahan. Jadi, sebelum membeli peranti baharu pastikan ia mempunyai ruangan yang secukupnya buat anda, dan ini termasuk dalam pertimbangan bajet anda.

 

#6 Keupayaan Kamera

vivo V17 Pro hadir dengan 4 kamera utama + 2 kamera swafoto

Ini sudah semestinya menjadi faktor utama pemilihan peranti! Pada ketika ini, jenama-jenama telefon terkemuka berlumba-lumba menghasilkan peranti dengan keupayaan kamera yang menakjubkan mengikut kelasnya, rata-rata peranti pada ketika ini memiliki sekurang-kurangnya 3 atau sehingga 6 lensa kamera bagi memberikan hasil yang terbaik.

Fungsi kamera juga dipelbagaikan dan memberikan rakaman video dan gambar yang baik bukan hanya pada waktu siang tetapi juga pada situasi low light. Keunikan kamera seperti pop-up kamera, kamera boleh putar dan sebagainya juga menaikkan peranan sekaligus memberikan anda satu perasaan yang berbeza ketika menggunakannya.

 

#7 Daya Tahan bateri

Dengan pelbagai fungsi dan keupayaan pemproses mengakibatkan ia akan menggunakan bateri dengan banyak, jadi adalah baik sekiranya peranti tersebut mempunyai kapasiti bateri yang besar bagi memudahkan anda menggunakannya tanpa sebarang masalah.

realme 5s

Kami sarankan memilih bateri yang mempunyai 4000mAh ke atas kerana ia akan memberikan daya tahan yang lebih. Peranti yang dihandirkan dengan keupayaan mengecas yang pantas juga merupakan nilai tambah dalam aspek ini.

 

#8 Harga Dan Pakej

Ini adalah faktor yang paling penting. Anda perlu melihat bajet anda terlebih dahulu sebelum memilih peranti mengikut kelasnya. Terdapat peranti yang mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan perdana namun pada harga yang mampu milik.

Jika anda membeli peranti berdasarkan pakej, anda perlu memilih pakej yang berbaloi yang mana tidak membebankan anda membayar pada setiap bulan. Pakej – pakej ini bergantung kepada syarikat telekomunikasi.

Korang boleh layan video juga...