Acer Memberi Tawaran & Promosi Hebat Bersempena 12.12!!- Nikmati Harga Produk Luar Biasa!

756

Bersempena dengan jualan 12.12, Acer bakal melaksanakan promosi hebat menerusi Promosi Predator League 2020 Malaysian PUBG Final dan 12.12 Sales di Shopee dan Lazada.

Promosi Predator League 2020 Malaysian PUBG Final di Shopee!!!

Bersempena dengan Predator League 2020 Malaysia PUBG Final yang bakal berlangsung dari 7 hingga 8 Disember 2019 di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Acer memulakan 12.12 sales yang memberikan tawaran istimewa bagi produk ,aksesori dan merchandise terpilih.

Bermula dari 6 sehingga 12 Disember 2019, pelanggan boleh membeli Nitro 5 yang dikuasakan oleh NVIDIA GeForce GTX 1050 pada hanya RM2,699.

Selain itu anda juga boleh membeli Acer Nitro 5 NVIDIA GeForce GTX 1660 pada harga dari RM4,499 sehingga RM4,099. 5 unit sahaja akan tersedia pada harga serendah RM2,999 dalam Shopee Shocking Deals pada 12 Disember 2019 dari 12 tengah malam sehingga 2 pagi.

Harga promosi turut boleh didapati pada Predator Helios 300 dan Predator Triton 500 yang mana setiap satu bakal menerima potongan RM1000!!!

Aksesori lain seperti gaming mousepad, gaming keyboard, Predator Hybrid backpack, bomber jacket, jersey, cap dan waterproof bag turut dijual pada harga bermula dari RM39!

12.12 Sales in Shopee dan Lazada

Selain daripada peranti gaming, Acer turut menawarkan beberapa promosi pada produk yang lain seperti Acer Aspire 3 yang akan tersedia dari RM1,212. Selain itu, Acer Malaysia turut akan melakukan lelongan bermula dari RM12 bagi Aspire 3 pada 12 Disember jam 10 pagi dan KG241QA pada 6 Disember jam 8 pagi di Shopee.

Predator XB273K, yang merupakan monitor gaming 4k UHD bersaiz 27″ menyokong NVIDIA ® G-Sync akan berkurang harganya sebanyak RM1200 atau lebih daripada potongan 25%.

Dalam pada itu, Acer turut menyediakan pelbagai hadiah yang bernilai lebih daripada RM13,000 bagi setiap pembelian komputer riba baharu. Ini termasuklah lesen seumur hidup Microsoft Office Home & Student 2019, Acer Super Care2, lanjutan waranti, Roll top Jr. Backpack dan McAfee Internet Security.

Promosi XB273K and Acer Swift 3 akan tersedia di Shopee pada 12 Disember 2019 dan di lazada pada 12 hingga 14 Disember 2019.

Anda boleh lihat tawaran produk yang menerima promosi di jadual ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Acer Flagship Store (Lazada), Acer Certified Store (Lazada), Acer Authorized Store (Lazada), Acer Store Aoneplus (Lazada), Acer Online Store (Shopee) dan Acer Online Store – Laptop (Shopee).

__________________________

Artikel Berkaitan: